MYKASIH BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS

MYKASIH BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS

Rakyat Malaysia yang berumur 21 dan ke atas serta berstatus bujang juga layak untuk menerima manfaat Bantuan MyKasih dengan bayaran bermula RM50 dan RM100 setiap bulan sehingga RM600 dan RM1,200 setahun.

Bagaimanakah cara semakan status penerima MyKasih Bujang? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA SEMAK STATUS EKASIH : BANTUAN ASAS RAHMAH (SARA) 2026

JUMLAH BAYARAN MYKASIH BUJANG 2026

Ketahui berapa jumlah bayaran Bantuan MyKasih yang disalurkan mengikut kelayakan penerima untuk bulanan dan setahun :

KELAYAKAN
BUJANG
JUMLAH BAYARAN
BULANAN
JUMLAH
KESELURUHAN
Bujang
“Miskin Tegar”
RM100
setiap bulan
RM1,200
setahun
Bujang
“Bukan Miskin”
RM50
setiap bulan
RM600
setahun

TARIKH BAYARAN MYKASIH BUJANG 2026

Berikut adalah tarikh-tarikh bayaran Bantuan MyKasih yang disalurkan ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima yang layak :

BIL.TARIKH BAYARAN
1.16 Januari 2026
2.1 Februari 2026
3.1 Mac 2026
4.1 April 2026
5.1 Mei 2026
6.1 Jun 2026
7.1 Julai 2026
8.1 Ogos 2026
9.1 September 2026
10.1 Oktober 2026
11.1 November 2026
12.1 Disember 2026

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH BUJANG 2026

Bagaimanapun bukan semua golongan Bujang yang layak menerima bayaran Bantuan MyKasih, kerana ianya terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN
“MISKIN TEGAR”
KELAYAKAN
“BUKAN MISKIN”
WarganegaraMalaysiaMalaysia
Had Umur21 hingga 59 tahun21 hingga 59 tahun
Status
Perkahwinan
Belum berkahwin

atau

Balu / Duda / Janda
(tiada anak)
Belum berkahwin

atau

Balu / Duda / Janda
(tiada anak)
Kadar
Pendapatan
Bawah Garis
Kemiskinan (PGK)
semasa
Bawah
RM2,5000 sebulan
Status STRLulus PermohonanLulus Permohonan

SEMAKAN STATUS MYKASIH BUJANG 2026

Rujuk panduan lengkap cara semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih seperti di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/ms/.
  2. Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 700330112345.
  5. Tick pada [ ] Verify you are human.
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima Bujang akan dipaparkan.
  8. Selesai.

CARA GUNA BAYARAN MYKASIH 2026

Setelah disahkan layak, penerima perlu menggunakan bayaran Bantuan MyKasih untuk beli barang keperluan asas mengiku cara seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang menerima bayaran MyKasih.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  4. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  6. Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan
  7. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment