SEMAK MYSARA IC 2026 : CHECK STATUS BAYARAN BANTUAN SETIAP BULAN DALAM MYKAD

SEMAK MYSARA IC 2026 : CHECK STATUS BAYARAN BANTUAN SETIAP BULAN DALAM MYKAD

Setiap bulan elaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan dalam IC (Kad Pengenalan) penerima yang layak, membolehkan penerima menggunakannya untuk membeli barang keperluan asas di kedai terpilih seluruh negara mengikut amaun yang diterima.

Bagaimanakah cara semak mysara ic 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK BANTUAN SARA BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM MYSARA

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan seperti berikut :

TEMPOH BANTUANTARIKH PENTING BANTUAN
12 Bulan
(Bermula Januari sehingga Disember)
Tarikh Program Bermula :
9 & 16 Januari 2026

Tarikh Program Berakihir :
31 Disember 2026

KADAR BANTUAN MYSARA DALAM IC 2026

Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan

Total Setahun : RM2,400
RM100 Setiap Bulan

Total Setahun : RM1,200
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap Bulan

Total Setahun : RM1,800
RM50 Setiap Bulan

Total Setahun : RM600
BujangRM100 Setiap Bulan

Total Setahun : RM1,200
RM50 Setiap Bulan

Total Setahun : RM600

JADUAL AGIHAN DUIT MYSARA DALAM IC 2026

Duit bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan ke dalam IC penerima seperti tarikh berikut :

BULANTARIKH AGIHAN BAYARAN
Januari9 Januari 2026 – Isi Rumah & Warga Emas
16 Januari 2026 – Bujang
Februari1 Februari 2026 – Semua
Mac1 Mac 2026 – Semua
April1 April 2026 – Semua
Mei1 Mei 2026 – Semua
Jun1 Jun 2026 – Semua
Julai 1 Julai 2026 – Semua
Ogos1 Ogos 2026 – Semua
September1 September 2026 – Semua
Oktober 1 Oktober 2026 – Semua
November1 November 2026 – Semua
Disember1 Disember 2026 – Semua

CARA SEMAK BAKI & STATUS BAYARAN MYSARA

Status kelayakan bayaran dan baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00

SEMAK CARA GUNA MYSARA DALAM IC

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan sistem cashless menggunakan MyKad/IC, anda boleh ikuti langkah mudah seperti di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment