BANTUAN RM100 SETIAP BULAN 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN RM100 SETIAP BULAN 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Seramai 8.1 juta rakyat Malaysia layak menerima bantuan setiap bulan sebagai bantuan tambahan untuk menampung perbelanjaan kos sara hidup dengan pemberian dalam bentuk barangan keperluan asas harian.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bantuan rm100 setiap bulan 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK MYSARA IC 2026 : CHECK STATUS BAYARAN BANTUAN SETIAP BULAN DALAM MYKAD

APA ITU BANTUAN SETIAP BULAN?

Bantuan setiap bulan merujuk kepada bantuan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dilaksanakan setiap bulan bagi tempoh 12 bulan bermula Januari sehingga Disember bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana dengan pemberian bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas.

TARIKH PENTING BANTUAN SETIAP BULAN 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan seperti berikut :

TARIKH PELAKSANAAN PROGRAMTARIKH AGIHAN BAYARAN
Tarikh Program Bermula :
9 & 16 Januari 2026

Tarikh Program Berakihir :
31 Disember 2026
9 Januari 2026 – Isi Rumah & Warga Emas
16 Januari 2026 – Bujang
1 Februari 2026 – Semua
1 Mac 2026 – Semua
1 April 2026 – Semua
1 Mei 2026 – Semua
1 Jun 2026 – Semua
1 Julai 2026 – Semua
1 Ogos 2026 – Semua
1 September 2026 – Semua
1 Oktober 2026 – Semua
1 November 2026 – Semua
1 Disember 2026 – Semua

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SETIAP BULAN

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

KADAR KELAYAKAN BANTUAN SETIAP BULAN 2026

Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan

Total Setahun : RM2,400
RM100 Setiap Bulan

Total Setahun : RM1,200
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap Bulan

Total Setahun : RM1,800
RM50 Setiap Bulan

Total Setahun : RM600
BujangRM100 Setiap Bulan

Total Setahun : RM1,200
RM50 Setiap Bulan

Total Setahun : RM600

SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN RM100 SETIAP BULAN 2026

Status kelayakan bayaran dan baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00

CARA GUNA DUIT BANTUAN RM100 SETIAP BULAN

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan sistem cashless menggunakan MyKad/IC, anda boleh ikuti langkah mudah seperti di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment