SEMAK BANTUAN SARA BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

SEMAK BANTUAN SARA BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Bermula tahun 2026, setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima duit bantuan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan melalui MyKad khusus digunakan untuk memenuhi keperluan asas harian.

Bagaimanakah cara semak bantuan sara bujang? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK BAKI BANTUAN MYKAD (SARA 2026)

KELAYAKAN BANTUAN SARA BUJANG

Syarat Kelayakan Bantuan SARA Bujang 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.

Kelayakan terperinci :

  • Bujang; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak);
  • Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; atau
  • Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU);
  • Kadar pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah;
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

JUMLAH BANTUAN SARA BUJANG

Amaun Bantuan SARA Bujang akan diberikan kepada penerima yang layak seperti berikut :

TARIKH BAYARANBUJANG (EKASIH)BUJANG (BUKAN EKASIH)
16 Januari 2026RM100RM50
1 Februari2026RM100RM50
1 Mac 2026RM100RM50
1 April 2026RM100RM50
1 Mei 2026RM100RM50
1 Jun 2026RM100RM50
1 Julai 2026RM100RM50
1 Ogos 2026RM100RM50
1 September 2026RM100RM50
1 Oktober 2026RM100RM50
1 November 2026RM100RM50
1 Disember 2026RM100RM50
Total SetahunRM1,200RM600

SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA BUJANG 2026

Status kelayakan dan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

PORTALPAUTAN
Portal SARAhttps://sara.gov.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Semakan Status di Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Halaman Utama Portal akan dipaparkan.
  3. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 100.00
  9. ⁠Selesai.

Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Layari Portal Rasmi mySTR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Halaman Utama Log Masuk mySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment