SEMAK BANTUAN EKASIH RM200 : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA
Portal eKasih dibangunkan untuk memudahkan akses berkaitan untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan termasuk dengan menyediakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar bayaran lebih tinggi kepada golongan yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
Bagaimanakah semak bantuan ekasih rm200? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH : BAYARAN FASA 2 2026 (RM600)
SEMAK JUMLAH BANTUAN EKASIH
Kredit bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih akan disalurkan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN | KADAR KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | Januari – RM200 Februari – RM200 Mac – RM200 April – RM200 Mei – RM200 Jun – RM200 Julai – RM200 Ogos – RM200 September – RM200 Oktober – RM200 November – RM200 Disember – RM200 | RM2,400 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Januari – RM150 Februari – RM150 Mac – RM150 April – RM150 Mei – RM150 Jun – RM150 Julai – RM150 Ogos – RM150 September – RM150 Oktober – RM150 November – RM150 Disember – RM150 | RM1,800 |
| Bujang | Januari – RM100 Februari – RM100 Mac – RM100 April – RM100 Mei – RM100 Jun – RM100 Julai – RM100 Ogos – RM100 September – RM100 Oktober – RM100 November – RM100 Disember – RM100 | RM1,200 |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EKASIH
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
Info : Bantuan ini hanya layak untuk penerima bantuan STR, dan berdaftar eKasih.
SEMAK STATUS BANTUAN EKASIH RM200
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Semakan Status Kelayakan SARA di Portal SARA;
- Semakan Status Pendaftaran eKasih di Portal eKasih
Cara Semak Status Kelayakan Bantuan SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
Cara Semak Status Pendaftaran eKASIH:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
- Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
- Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
- Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
- Disahkan – Telah dibanci;
- Disemak – Dalam proses banci;
- Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026