SEMAK MYSARA IC 2026 : SEMAKAN BAYARAN SETIAP BULAN DALAM MYKAD
Penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh membeli barangan keperluan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan duit bantuan yang dikreditkan setiap bulan dalam MyKad di kaunter kedai atau pasar raya berdaftar di bawah Program SARA.
Bagaimanakah cara semak mysara ic? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK BANTUAN SARA BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN MYSARA 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|
| Warganegara Malaysia; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
TARIKH AGIHAN DUIT MYSARA DALAM IC 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dilaksanakan seperti berikut :
| TARIKH PENTING | TARIKH AGIHAN BAYARAN |
|---|---|
| Tarikh Program Bermula : 9 & 16 Januari 2026 Tarikh Program Berakhir/Tarikh Luput : 31 Disember 2026 | 9 Januari 2026 – Isi Rumah & Warga Emas 16 Januari 2026 – Bujang 1 Februari 2026 – Semua 1 Mac 2026 – Semua 1 April 2026 – Semua 1 Mei 2026 – Semua 1 Jun 2026 – Semua 1 Julai 2026 – Semua 1 Ogos 2026 – Semua 1 September 2026 – Semua 1 Oktober 2026 – Semua 1 November 2026 – Semua 1 Disember 2026 – Semua |
SEMAK AMAUN DUIT MYSARA DALAM IC 2026
Amaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diberikan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
SEMAK KELAYAKAN BAYARAN MYSARA SETIAP BULAN DALAM IC 2026
Status kelayakan dan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 (mengikut kelayakan penerima) |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026