CHECK STATUS SKAS 2026 : CEK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM1100 & RM600 & RM375)

CHECK STATUS SKAS 2026 : CEK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM1100 & RM600 & RM375)

Program bantuan Kewangan Kerajaan Negeri Sarawak, SKAS ditambahbaik dengan peningkatakan kadar pemberian bantuan untuk setiap fasa bagi memastikan keperluan asas harian penerima mencukupi.

Bagaimanakah check status skas 2026? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

PENGENALAN SKAS

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) merupakan bantuan kewangan tanpa tunai yang diperuntukkan khas untuk anak Sarawak daripada golongan berpendapatan rendah (B40). Bantuan ini disalurkan dalam bentuk baucar digital, yang boleh digunakan melalui aplikasi S PAY GLOBAL (e-dompet) bertujuan membantu pembelian barangan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, dan lain-lain keperluan harian.

SYARAT KELAYAKAN SKAS

Kelayakan penerima bantuan SKAS 2026 terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Kelahiran Sarawak;
  • Pemegang Kad Pengenalan ‘K’ yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori & Kelayakan Penerima :

KATEGORIKELAYAKAN PENERIMA
Isi Rumah
Berkahwin; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Ada Anak);

Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah;

Tiada had umur
Warga Emas
Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak);

Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah;

Had umur 60 tahun dan ke atas
Bujang
Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak);

Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah;

Bujang berumur antara 21-59 tahun;

Bujang Orang Kurang Upaya (OKU)
berumur 19-59 tahun;

Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa

CHECK STATUS KELAYAKAN SKAS

Status kelayakan penerima SKAS 2026 boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan SKAS 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
  2. Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan] atau [Check Eligibility].
  3. Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan [Nombor MyKad] atau [MyKad Number].
  4. Kemudian, klik [Cari] atau [Search].
  5. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima bantuan SKAS mengikut contoh seperti berikut :
Nama (Name)Ali Bin Abu
Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number)XXXXXX-XX-XXXX
StatusLayak (Eligible)
Kategori SKAS (SKAS Category)Isi Rumah (Household)
Jumlah SKAS (SKAS Value)RM1,100

KADAR KELAYAKAN BAYARAN SKAS

Jumlah Bantuan SKAS 2026 adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
SETIAP FASA
KADAR KELAYAKAN SETAHUN (TOTAL)
Isi Rumah Fasa 1 : RM316
Fasa 2 : RM424
Fasa 3 : RM360
RM1,100
Warga Emas Tanpa PasanganFasa 1 : RM166
Fasa 2 : RM234
Fasa 3 : RM200
RM600
BujangFasa 1 : RM100
Fasa 2 : RM150
Fasa 3 : RM125
RM375

JADUAL MASUK BAYARAN SKAS

Bantuan SKAS akan dikreditkan kepada penerima yang layak mengikut jadual berikut :

FASA BAYARANTARIKH BAYARANJUMLAH BAYARAN
Fasa 110 Mac 2026Isi Rumah : RM316
Warga Emas : RM166
Bujang : RM100
Fasa 215 Mei 2026Isi Rumah : RM424
Warga Emas : RM234
Bujang : RM150
Fasa 310 November 2026Isi Rumah : RM360
Warga Emas : RM200
Bujang : RM125

KAEDAH PENYALURAN SKAS SARAWAK

Setiap penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan SKAS untuk setiap fasa melalui cara seperti berikut :

KAEDAH BAYARANPLATFORM
Secara Tanpa tunai (Baucar Digital)Aplikasi S Pay Global (e-Dompet)

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/

Leave a Comment