BAKI SARA 2026 : CARA SEMAKAN BAKI DALAM MYKAD
Kadar baki elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad terkini, boleh di semak dengan mudah secara online di Portal Rasmi SARA, tanpa secara fizikal di kaunter pasar raya yang berdaftar Program SARA.
Artikel ini menyediakan panduan lengkap mengenai panduan cara semak baki SARA 2026 dalam MyKad secara online, kadar pengkreditan bulanan mengikut kategori penerima.
Bagaimanakah cara semakan baki sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026 (STR FASA 3) : SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA
SEMAK BAKI SARA 2026 DALAM MYKAD ONLINE
Baki dan Status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
KADAR BAYARAN BULANAN SARA 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 mengikut kelayakan penerima adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Total Setahun : RM2,400) | RM100 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,200) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,800) | RM50 Setiap Bulan (Total Setahun : RM600) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,200) | RM50 Setiap Bulan (Total Setahun : RM600) |
Baki kredit yang tidak dihabiskan pada bulan semasa akan dibawa secara automatik ke bulan seterusnya. Walau bagaimanapun, semua Baki SARA 2026 yang tinggal wajib dihabiskan sebelum 31 Disember 2026 kerana kredit tersebut akan terbatal secara automatik selepas tarikh tamat program.
JADUAL PENGKREDITAN SARA 2026 DALAM MYKAD
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan ke dalam MyKad penerima pada tarikh-tarikh berikut :
- 9 Januari 2026 – Isi Rumah & Warga Emas
- 16 Januari 2026 – Bujang
- 1 Februari 2026 – Semua
- 1 Mac 2026 – Semua
- 1 April 2026 – Semua
- 1 Mei 2026 – Semua
- 1 Jun 2026 – Semua
- 1 Julai 2026 – Semua
- 1 Ogos 2026 – Semua
- 1 September 2026 – Semua
- 1 Oktober 2026 – Semua
- 1 November 2026 – Semua
- 1 Disember 2026 – Semua
SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS
Anda boleh membelanjakan baki SARA 2026 dalam MyKad hanya untuk barangan asas berlabel MyKasih, antaranya :
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak;
- Tepung;
- Biskut;
- Mi Segera;
- Barangan Perasa / Bahan Masakan;
- Minuman Minuman Sehari-hari;
- Makanan Sejuk Beku;
- Makanan Dalam Tin;
- Produk Kebersihan Diri;
- Bahan Kebersihan Rumah;
- Ubat-ubatan Berdaftar;
- Barangan persekolahan;
CARA GUNA BAKI SARA 2026
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi SARA, Media Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026, serta dikongsikan bagi tujuan untuk memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan info terkini berkaitan Sumbangan Asas Rahmah 2026. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca, dan semakan kelayakan rasmi mestilah dilakukan secara terus menerusi Portal Rasmi SARA (sara.gov.my).