SEMAKAN SKAS 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM1100 & RM600 & RM375)
Bantuan kewangan Kerajaan Negeri Sarawak melalui Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk membantu meringankan kos sara hidup golongan B40 diteruskan untuk tahun 2026 dengan peningkatan kadar kelayakan bantuan sehingga RM1,100 setahun.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak bantuan skas 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BILAKAH MASUK SYUKUR SABAH FASA 3 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM600
PENGENALAN SKAS
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah bantuan kewangan yang disediakan khusus oleh Kerajaan Negeri Sarawak kepada rakyatnya yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. Bantuan ini diberikan dalam bentuk baucar digital, yang boleh digunakan melalui aplikasi S PAY GLOBAL (e-dompet) khusus untuk pembelian barangan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak.
SYARAT KELAYAKAN SKAS
Kelayakan penerima bantuan SKAS 2026 terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Anak Kelahiran Sarawak;
- Pemegang Kad Pengenalan ‘K’ yang beralamat dan menetap di Sarawak;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
Kategori & Kelayakan Penerima :
| KATEGORI | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Ada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; Tiada had umur |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Tiada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; Had umur 60 tahun dan ke atas |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Tiada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; Bujang berumur antara 21-59 tahun; Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun; Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa |
SEMAKAN STATUS SKAS ONLINE
Status kelayakan penerima SKAS 2026 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan SKAS 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
- Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan] atau [Check Eligibility].
- Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan [Nombor MyKad] atau [MyKad Number].
- Kemudian, klik [Cari] atau [Search].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima bantuan SKAS mengikut contoh seperti berikut :
| Nama (Name) | Ali Bin Abu |
| Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number) | XXXXXX-XX-XXXX |
| Status | Layak (Eligible) |
| Kategori SKAS (SKAS Category) | Isi Rumah (Household) |
| Jumlah SKAS (SKAS Value) | RM1,100 |
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN SKAS
Jumlah Bantuan SKAS 2026 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM1,100 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM600 |
| Bujang | RM375 |
SEMAKAN JADUAL BAYARAN SKAS
Bantuan SKAS akan dikreditkan kepada penerima yang layak mengikut jadual berikut :
| FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | 10 Mac 2026 | Isi Rumah : RM316 Warga Emas : RM166 Bujang : RM100 |
| Fasa 2 | 15 Mei 2026 | Isi Rumah : RM424 Warga Emas : RM234 Bujang : RM150 |
| Fasa 3 | 10 November 2026 | Isi Rumah : RM360 Warga Emas : RM200 Bujang : RM125 |
CARA PENYALURAN BAYARAN SKAS
Setiap penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan SKAS untuk setiap fasa melalui cara seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | PLATFORM |
|---|---|
| Secara Tanpa tunai (Baucar Digital) | Aplikasi S Pay Global (e-Dompet) |
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Pusat Talian Khidmat : +6082-555999
- e-Mel : [email protected]
- Laman Rasmi : https://service.sarawak.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
semakkan kelayakkan skas
Semak kelayakan
Semakan kelayakkan
semak kelayakkan
Alamat sy belum tukar lagi, seab dulu pernah bekerja di semenanjung…
Semak kelayakan
Semakan kelayakan.
Semakan kelayakan