SENARAI BARANG MYKASIH TERKINI 2026 : SEMAK
Terkini! Barangan keperluan asas MyKasih kini diperluas kepada 15 kategori barangan yang diluluskan bermula Februari 2026, meliputi lebih 140,000 barang yang boleh di tebus oleh penerima di kedai atau pasar raya berdaftar.
Apakah senarai barang mykasih terkini 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN SARA ONLINE 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
TEMPOH SAH UNTUK BELI BARANG MYKASIH
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 dilaksanakan seperti jadual berikut :
| TARIKH PENGKREDITAN | TARIKH AKHIR GUNA/LUPUT |
|---|---|
| 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 31 Disember 2026 |
JUMLAH DUIT UNTUK BELI BARANG MYKASIH
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 mengikut kelayakan penerima adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN BARANG MYKASIH TERKINI
Status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
SENARAI BARANG MYKASIH TERKINI 2026
Barangan keperluan asas SARA MyKasih kini diperluas kepada 15 kategori barang yang diluluskan seperti :
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak;
- Tepung;
- Biskut;
- Mee segera;
- Minuman;
- Makanan Sejuk Beku;
- Makanan dalam tin;
- Bahan perasa;
- Produk Kebersihan Rumah;
- Produk Kebersihan;
- Ubat-ubatan;
- Barangan Sekolah.
Untuk senarai penuh jenama dan jenis barangan yang diluluskan, anda boleh rujuk di https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/#kategori-produk-sara-mykasih-2026
CARA BELI BARANG MYKASIH TERKINI
Setiap penerima akan menerima pengkreditan bulanan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan. Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan MyKad untuk mendapatkan barang MyKasih, boleh ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026