SEMAKAN BANTUAN SKAS ONLINE : FASA 2 2026
Lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum pembayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 2 mula disalurkan kepada penerima. Untuk individu yang masih belum mengetahui status kelayakan terkini boleh membuat semakan segera di Portal Rasmi bantuan.
Bagaimanakah semakan bantuan skas fasa 2 2026 online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN IC ONLINE : 2026
APA ITU BANTUAN SKAS?
Bantuan SKAS atau Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) ialah inisiatif Kerajaan Sarawak kepada isi rumah dan individu yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah dalam bentuk tunai (bantuan kewangan) bagi membantu meringankan beban kos sara hidup serta memenuhi keperluan asas penerima melalui barangan keperluan asas.
Bantuan SKAS dilaksanakan secara tanpa tunai (cashless) melalui baucar digital dalam aplikasi SPay Global (SarawakPay) untuk memastikan kredit atau wang bantuan tersebut digunakan pada saluran yang betul iaitu khusus untuk pembelian barangan harian di premis berdaftar.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SKAS FASA 2
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 2 akan dilaksanakan pada tarikh berikut :
| FASA BANTUAN SKAS | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 2 | 15 Mei 2026, Jumaat |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SKAS
Penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Anak Sarawak;
- Pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
Kategori & Kelayakan Penerima :
| KATEGORI PENERIMA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Ada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; Tiada had umur |
| Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang) | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Tiada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan Had umur 60 tahun dan ke atas |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Tiada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; Bujang berumur antara 21-59 tahun; atau Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa |
SEMAKAN AMAUN BANTUAN SKAS 2026
Jumlah Bayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) FASA 2 2026 akan diagihkan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN SETIAP FASA | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | Fasa 1, 2, 3 : RM316 | RM950 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Fasa 1, 2, 3 : RM166 | RM500 |
| Bujang | Fasa 1, 2, 3 : RM100 | RM300 |
SEMAKAN CARA PENGKREDITAN BANTUAN SKAS
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan setiap fasa seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Tanpa tunai (Baucar Digital) | Aplikasi S Pay Global |
Duit bantuan SKAS Boleh dibelanjakan oleh penerima untuk membeli barangan makanan asas harian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar seperti beras, tepung.
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN SKAS FASA 2 ONLINE
Status kelayakan Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Semakan Status Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
- Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan].
- Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik [Cari].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) mengikut contoh seperti berikut :
| Nama (Name) | Ali Bin Abu |
| Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number) | 8002030112345 |
| Status | Layak (Eligible) |
| Kategori (Category) | Isi Rumah (Household) |
| Jumlah SKAS (SKAS Value) | RM950 |
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Pusat Talian Khidmat : +6082-555999
- e-Mel : [email protected]
- Laman Rasmi : https://service.sarawak.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/