SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026 : SEMAKAN STATUS & JUMLAH BAYARAN

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026 : SEMAKAN STATUS & JUMLAH BAYARAN

Bantuan bersasar kepada rakyat melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terus dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan memerlukan menangani kos sara hidup menerusi bantuan elaun bulanan tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan).

Bermula tahun 2026, kelayakan penerima diperluaskan kepada semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) (berstatus eKasih mahupun bukan eKasih). Elaun ini membolehkan anda membeli barangan keperluan asas di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit berdaftar di seluruh negara.

Artikel ini menyediakan panduan lengkap cara semak kelayakan bantuan SARA 2026 secara online, kadar bayaran terkini mengikut kategori, serta tarikh kemasukan kredit bulanan.

Baca juga: SEMAK EKASIH SECARA ONLINE : BANTUAN DALAM MYKAD RM200 SETIAP BULAN

KADAR KELAYAKAN BANTUAN SARA MENGIKUT KATEGORI

Jumlah bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan diterima oleh pemohon yang lulus adalah berbeza mengikut kategori penerima dan status rekod eKasih seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi Rumah

Januari : RM200
Februari : RM200
Mac : RM200
April : RM200
Mei : RM200
Jun : RM200
Julai : RM200
Ogos : RM200
September : RM200
Oktober : RM200
November : RM200
Disember : RM200

Total Setahun : RM2,400
Januari : RM100
Februari : RM100
Mac : RM100
April : RM100
Mei : RM100
Jun : RM100
Julai : RM100
Ogos : RM100
September : RM100
Oktober : RM100
November : RM100
Disember : RM100

Total Setahun : RM1,200
Warga Emas Tiada PasanganJanuari : RM150
Februari : RM150
Mac : RM150
April : RM150
Mei : RM150
Jun : RM150
Julai : RM150
Ogos : RM150
September : RM150
Oktober : RM150
November : RM150
Disember : RM150

Total Setahun : RM1,800
Januari : RM50
Februari : RM50
Mac : RM50
April : RM50
Mei : RM50
Jun : RM50
Julai : RM50
Ogos : RM50
September : RM50
Oktober : RM50
November : RM50
Disember : RM50

Total Setahun : RM600
BujangJanuari : RM100
Februari : RM100
Mac : RM100
April : RM100
Mei : RM100
Jun : RM100
Julai : RM100
Ogos : RM100
September : RM100
Oktober : RM100
November : RM100
Disember : RM100

Total Setahun : RM1,200
Januari : RM50
Februari : RM50
Mac : RM50
April : RM50
Mei : RM50
Jun : RM50
Julai : RM50
Ogos : RM50
September : RM50
Oktober : RM50
November : RM50
Disember : RM50

Total Setahun : RM600

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA

Untuk melayakkan anda tersenarai sebagai penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah, anda mesti memenuhi syarat-syarat asas berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SARA ONLINE

Proses untuk semak kelayakan bantuan SARA boleh dilakukan dengan mudah menerusi dua portal rasmi utama :

Semakan Melalui Portal Rasmi MySTR :

  1. Layari portal rasmi MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda.
  3. Klik pada menu Semakan Status.
  4. Status kelayakan SARA dan maklumat bayaran akan dipaparkan pada skrin.

Semakan Baki & Kelayakan Melalui Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  3. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  4. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  5. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  6. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  7. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)Contoh : 100.00

JADUAL BAYARAN BULANAN SARA 2026

Pengkreditan bantuan SARA ke dalam cip MyKad penerima dilakukan secara bulanan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh kerajaan :

BULAN BAYARANTARIKH KEMASUKAN KREDIT MYKAD
Januari9 Januari 2026 (Isi Rumah & Warga Emas)
16 Januari 2026 (Bujang)
Februari – Disember1 Haribulan pada setiap bulan berikutan

CARA GUNA BANTUAN SARA DI KEDAI BERDAFTAR

Jika hasil semak kelayakan bantuan SARA anda menunjukkan status LAYAK, anda boleh mula membeli barang keperluan asas mengikut langkah berikut :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SARA

  • Adakah perlu membuat permohonan baharu untuk bantuan SARA 2026?
    Tidak perlu. Kelayakan bantuan SARA diambil secara automatik daripada data pemohon yang Lulus STR 2026 dan pangkalan data eKasih.
  • Bolehkah kredit elaun SARA dikeluarkan dalam bentuk wang tunai?
    Tidak boleh. Bantuan SARA merupakan kaedah bantuan tanpa tunai (cashless) dan hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan di kedai berdaftar menggunakan MyKad sahaja.
  • Apakah berlaku sekiranya baki SARA bulan semasa tidak habis digunakan?
    Baki elaun yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya (carry forward). Namun begitu, keseluruhan baki mestilah digunakan sepenuhnya sebelum 31 Disember 2026.

MAKLUMAT LANJUT & TALIAN BANTUAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Penafian : Artikel ini diterbitkan bertujuan untuk perkongsian maklumat umum dan panduan semakan sahaja. Laman web ini tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi atau maklumat perbankan pengguna. Untuk rujukan sahih, sila layari portal rasmi kerajaan di sara.gov.my.

Leave a Comment