PERMOHONAN STR FASA 3 2026
Kerajaan membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan tidak lebih dari RM5,000 serta memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk mengemukakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mendapatkan bayaran tunai untuk Fasa 3 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Bagaimanakah permohonan STR Fasa 3? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BAKI MYKASIH ONLINE – BERAPA YANG ADA DALAM MYKAD
KADAR BANTUAN STR FASA 3 2026
Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut kategori penerima :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | Tiada anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | Tiada anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM600 |
| Bujang | Diganti bayaran SARA |
TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2026
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dilaksanakan mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Bermula 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | Bermula 10 Mac 2026 |
| Fasa 3 | Dijangka Ogos 2026 |
| Fasa 4 | Belum diketahui |
SYARAT PERMOHONAN STR 2026
Sebelum kemukakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ketahui syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Balu / duda / janda (ada anak) |
| Kadar Pendapatan Bulanan | Bawah RM2,500 (B40) atau RM2,501 hingga RM5,000 (M40) |
- Kategori Warga Emas :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 60 tahun dan ke atas |
| Status Perkahwinan | Bujang atau Balu / duda / janda (tiada tanggungan) |
| Kadar Pendapatan Bulanan | Tidak melebihi RM5,000 sebulan |
- Kategori Bujang :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 21 hingga 59 tahun |
| Status Perkahwinan | Bujang atau Balu / duda / janda (tiada anak) |
| Kadar Pendapatan Bulanan | Bawah RM2,500 sebulan |
CARA PERMOHONAN STR FASA 3 2026
Ikuti panduan lengkap cara permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
- Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
- (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan [Ya].
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan [Cetak].
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.