DAFTAR BANTUAN SYUKUR SABAH : CARA REGISTER ONLINE

DAFTAR BANTUAN SYUKUR SABAH : CARA REGISTER ONLINE

Bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat Sabah, Kerajaan Negeri Sabah menyediakan peruntukan khas untuk disalurkan kepada rakyat Sabah yang layak melalui inisiatif Bantuan SYUKUR Sabah yang boleh dimohon secara online.

Bagaimanakah cara daftar Bantuan SYUKUR Sabah secara online? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN SARA APRIL 2026 : SEMAKAN STATUS

SYARAT DAFTAR BANTUAN SYUKUR SABAH

Sebelum mendaftar Bantuan SYUKUR Sabah, pastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Antara syarat-syarat yang ditetapkan adalah termasuk :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Had Umur18 tahun dan ke atas
Negeri KelahiranSabah
Status MastautinBermastuatin di Sabah
lebih dari satu (1) tahun
Kada PendapatanPendapatan Bawah Garis
Kemiskinan (PGK) semasa
dan tersenarai dalam
pangkalan data
eKasih atau PADANS Sabah

JUMLAH BANTUAN SYUKUR SABAH

Jika permohonan yang didaftarkan berjaya lulus, Bantuan SYUKUR Sabah akan diberikan dengan jumlah yang sama bagi setiap penerima, iaitu sebanyak berikut :

FASABULANANJUMLAH BAYARAN
Fasa 1Januari – RM200
Februari – RM200
Mac – RM200
RM600
Fasa 2April – RM200
Mei – RM200
Jun – RM200
RM600
Fasa 3Julai – RM200
Ogos – RM200
September – RM200
RM600
Fasa 4Oktober – RM200
November – RM200
Disember – RM200
RM600

JADUAL BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah dilaksankan secara berperingkat dan berfasa mengikut tarikh-tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa 111 Mac 2026 (Rabu)
Fasa 2Mei 2026
Fasa 3Ogos 2026
Fasa 4November 2026
*Tarikh bayaran untuk Fasa 2, 3 dan 4 akan dikemaskini semula apabila ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Sabah.

MEDIUM BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Kerajaan Negeri Sabah menyediakan tiga (3) medium bayaran Bantuan SYUKUR Sabah untuk memudahkan penerima menerima bayaran setiap fasa :

JENIS PENERIMAMEDIUM BAYARAN
Mempunyai akaun bankDikreditkan ke dalam akaun
bank penerima mengikut nombor
akaun yang didaftarkan
Tiada akaun bankDibayar secara tunai di bank atau
di pusat pemberian yang ditetapkan
Ada / tiada akaun bankDikreditkan ke dalam akaun
e-Wallet aplikasi ‘YONO Superapp’

DAFTAR BANTUAN SYUKUR SABAH

Bagi rakyat Sabah atau yang bermastautin di Sabah serta memenuhi syarat kelayakan boleh mendaftar permohonan untuk mendapatkan Bantuan SYUKUR Sabah. Ikuti panduan lengkap cara daftar permohonan secara online di bawah :

  1. Layari laman web rasmi PADANS Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Halaman laman web rasmi PADANS Sabah akan dipaparkan.
  3. Klik pada tiga (3) butang disebelah kanan portal.
  4. Terus klik pada [Permohonan Baharu SKR].
  5. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran akaun.
  6. Klik pada butang [Sahkan Maklumat].
  7. Setelah berjaya daftar akaun, klik pada butang [Log Masuk].
  8. Masukkan nombor Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah dicipta.
  9. Tandakan pada kotak [Saya bukan robot].
  10. Klik pada butang [Log Masuk].
  11. Pergi ke bahagian [Permohonan Baharu SKR].
  12. Lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan *.
  13. Klik pada butang [Hantar].
  14. Permohonan berjaya dihantar dan akan diproses.
  15. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Jika terdapat sebarang masalah atau untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, sila rujuk pada pihak berwajib melalui talian dan e-mel yang rasmi seperti di bawah :

  • Talian SYUKUR Sabah : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.

Leave a Comment