SEMAK STATUS STR FASA 2 2026 (TARIKH, JUMLAH & KELAYAKAN PENERIMA)
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 telah mula dibayar kepada seramai 5 juta penerima bagi membantu meringankan bebanan kewangan untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi.
Bagaimanakah semak status kelayakan STR Fasa 2? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA SEMAK BAKI MYKASIH – BERAPA YANG ADA DALAM MYKAD
TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2026
Kerajaan melaksanakan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada penerima sedia ada dan penerima baharu pada tarikh yang berbeza seperti jadual di bawah :
| TARIKH BAYARAN KEPADA PENERIMA SEDIA ADA | TARIKH BAYARAN KEPADA PENERIMA BAHARU |
|---|---|
| Bermula : 10 Mac 2026 (Selasa) dan berperingkat | Bermula : 30 Mac 2026 (Isnin) dan berperingkat |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2026
Supaya penerima menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) selayaknya, Kerajaan menyalurkan bayaran Fasa 2 mengikut kategori dan bilangan tanggungan penerima seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| BIL. TANGGUNGAN | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
|---|---|---|
| Tiada | RM150 | RM100 |
| 1-2 orang | RM300 | RM100 |
| 3-4 orang | RM500 | RM200 |
| >5 orang | RM600 | RM300 |
- Kategori Bujang :
| BIL. TANGGUNGAN | BUJANG UMUR 21 – 59 TAHUN | BUJANG UMUR 60 TAHUN KE ATAS |
|---|---|---|
| Tiada | – | RM150 |
CARA TERIMA BAYARAN STR FASA 2 2026
Penerima yang ada akaun bank dan penerima yang tiada akaun bank akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan cara yang berbeza seperti berikut :
| PENERIMA YANG ADA AKAUN BANK | PENERIMA YANG TIADA AKAUN BANK |
|---|---|
| Terima bayaran secara pengkreditan tunai terus ke dalam akaun bank (mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan) | Terima bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan penerima |
SEMAK STATUS KELAYAKAN STR FASA 2 2026
Setiap individu yang mengemukakan permohonan boleh buat semakan status untuk tahu kelayakan sama ada layak atau tidak terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2. Ikuti panduan semak status yang lengkap di bawah :
- Pergi ke halaman utama MySTR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- ‘Selamat Datang Ke MySTR’ akan dipaparkan.
- Masukkan No. Kad Pengenalan anda.
- *Tanpa <jarak> dan tanpa tanda sengkang (-).
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan anda akan dipaparkan.
- Jika betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan pengguna yang betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Papan pemuka profil anda akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan bayaran STR Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.