CEK DUIT BANTUAN TAMBAHAN STR 2026 : BAYARAN AKAN DIBERI HANYA UNTUK YANG LAYAK SAHAJA
Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa Pasangan layak menerima bantuan tambahan bulanan secara tanpa tunai melalui barangan asas bagi menampung perbelanjaan keperluan asas penerima.
Bagaimanakah cek duit bantuan tambahan str 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN KHAS KEWANGAN 2026 RM500 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
BANTUAN TAMBAHAN STR 2026
Bantuan tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah bantuan tambahan bulanan yang diberikan oleh Kerajaan kepada semua penerima STR selain daripada bayaran STR secara berfasa.
Tambahan ini dilaksanakan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam bentuk barangan asas, dan akan memanfaatkan semua penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara automatik setiap bulan melalui pengkreditan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan).
Kategori Penerima STR yang layak menerima Tambahan bulanan adalah seperti berikut :
- Penerima STR Kategori Isi Rumah;
- Penerima STR Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan;
- Penerima STR Kategori Bujang.
AMAUN DUIT BANTUAN TAMBAHAN STR 2026
Kadar kelayakan bantuan tambahan STR (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN TAMBAHAN STR (SARA) | KADAR KELAYAKAN SETAHUN TAMBAHAN STR (SARA) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | eKasih : RM200 Sebulan Bukan eKasih : RM100 Sebulan | eKasih : RM2,400 Setahun Bukan eKasih : RM1,200 Setahun |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | eKasih : RM150 Sebulan Bukan eKasih : RM50 Sebulan | eKasih : RM1,800 Setahun Bukan eKasih : RM600 Setahun |
| Bujang | eKasih : RM100 Sebulan Bukan eKasih : RM50 Sebulan | eKasih : RM1,200 Setahun Bukan eKasih : RM600 Setahun |
JADUAL PENGKREDITAN DUIT BANTUAN TAMBAHAN STR 2026
Bantuan tambahan STR 2026 akan dikreditkan setiap bulan selama 12 bulan seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | JADUAL BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan Tambahan STR (Sumbangan Asas Rahmah) | Januari 2026 Februari 2026 Mac 2026 April 2026 Mei 2026 Jun 2026 Julai 2026 Ogos 2026 September 2026 Oktober 2026 November 2026 Disember 2026 |
SEMAK STATUS BANTUAN TAMBAHAN STR 2026
Status Kelayakan Penerima Bantuan Tambahan STR (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Portal MySTR; dan
- Portal SARA
Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
CARA PENGKREDITAN DUIT TAMBAHAN STR
Bantuan tambahan STR (SARA) akan dikreditkan seperti berikut :
| PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN | MEDIUM PEMBAYARAN |
|---|---|---|
| Penerima STR 2026 (Semenanjung Malaysia & Sabah, Sarawak, W.P Labuan) | Tanpa Tunai (Cashless) | MyKad (Kad Pengenalan) |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026