PERMOHONAN STR ONLINE 2027 : PERMOHONAN BAHARU

PERMOHONAN STR ONLINE 2027 : PERMOHONAN BAHARU

Terkini! Peruntukan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bakal dinaikkan kepada RM16 bilion untuk tahun 2027, khusus bagi meringankan kos sara hidup sembilan juta rakyat Malaysia yang layak.

Bagaimanakah permohonan str 2027 online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga : BANTUAN STR 2027 (PERMOHONAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)

KADAR KELAYAKAN STR 2027

Setiap penerima dan pemohon yang lulus permohonan STR 2027, akan menerima bayaran dengan amaun seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 ke bawah) :
BILANGAN ANAKKADAR KELAYAKAN STR 2027
Tiada AnakRM200
1 – 2 AnakRM600
3 – 4 AnakRM1,100
5 Anak Ke AtasRM1,600
  • Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
BILANGAN ANAKKADAR KELAYAKAN STR 2027
Tiada AnakRM200
1 – 2 AnakRM450
3 – 4 AnakRM700
5 Anak Ke AtasRM950
  • Warga Emas Tanpa Pasangan :
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN STR 2027
Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang)
Berusia 60 tahun dan ke atas
RM600

Info : Bantuan STR Bujang digantikan melalui pemberian SARA.

SYARAT PERMOHONAN STR

Sebelum membuat permohonan STR 2027, anda mestilah memenuhi kriteria dan kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Isi Rumah :
    • Berkahwin (Ada atau Tiada Anak);
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak);
    • Pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah
  • Warga Emas Tanpa Pasangan :
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak);
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah
  • Bujang :
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak);
    • Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun;
    • Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU);
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah

KAEDAH PERMOHONAN STR 2027

Permohonan baharu STR 2027, boleh dibuat melalui dua (2) kaedah rasmi utama yang ditetapkan seperti berikut :

  • Melalui borang kertas permohonan STR (BK-01), yang dihantar secara fizikal (manual) di Pejabat Hasil / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan.
  • Melalui Portal Rasmi MySTR, di mana permohonan dibuat secara dalam talian (online).

PERMOHONAN STR ONLINE

Sekiranya anda memenuhi kriteria dan kategori kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh membuat permohonan STR 2027 secara online seperti langkah-langkah berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
  3. ⁠Klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan;
    • Bujang
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

TARIKH PERMOHONAN STR ONLINE

Pemohon baharu STR 2027, yang memenuhi syarat kelayakan permohonan STR 2027, boleh membuat permohonan secara fizikal atau dalam talian (online) bermula tarikh rasmi berikut :

KAEDAH PERMOHONANTARIKH PERMOHONAN
Permohonan Secara Fizikal (manual)

Melalui borang kertas permohonan STR (BK-01)
di Pejabat Hasil / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan
1 Oktober 2026, Khamis
Permohonan Secara Online

Melalui dalam talian (online) di Portal Rasmi MySTR
15 Oktober 2026, Khamis

INFO LANJUT

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment