BANTUAN STR 2027 (CARA DAFTAR & REGISTER PORTAL MYSTR)

BANTUAN STR 2027 (CARA DAFTAR & REGISTER PORTAL MYSTR)

Pendaftaran akaun Portal MySTR penting untuk pemohon baharu dan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk mengakses portal tersebut untuk tujuan seperti permohonan dan semakan kelayakan bantuan STR 2027.

Bagaimanakah cara daftar dan register portal mystr bantuan str 2027? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga : PERMOHONAN STR ONLINE 2027 : PERMOHONAN BAHARU

DAFTAR & REGISTER PORTAL MYSTR

Melalui pendaftaran akaun di Portal MySTR, pemohon dan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mengakses portal bantuan str 2027 untuk tujuan seperti :

  • Permohonan Baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
  • Semakan Status Permohonan dan Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
  • Semakan Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) setiap fasa;
  • Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
  • Kemas kini Maklumat Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

CARA DAFTAR & REGISTER PORTAL MYSTR

Sekiranya anda tidak mempunyai akaun Portal MySTR atau masih belum register, berikut merupakan panduan lengkap cara register STR 2027 :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2027 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Anda akan dipaparkan Halaman Utama MySTR.
  3. Tekan butang (LOG MASUK).
  4. Isi No Kad Pengenalan anda.
  5. ⁠Klik butang (Semak).
  6. ⁠Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
  7. Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
  8. ⁠Isi No Kad Pengenalan anda.
  9. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  10. Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
  11. Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  12. Klik (Sahkan Akaun Saya).
  13. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  14. ⁠Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
  15. Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
  16. ⁠Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  17. Tekan butang (Seterusnya).
  18. ⁠Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  19. ⁠Kemudian, klik (Daftar Akaun).
  20. Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  21. Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  22. ⁠Selesai.

SYARAT BANTUAN STR 2027

Syarat kelayakan bantuan STR 2027, terdiri daripada :

  • Kategori Isi Rumah :
Status PerkahwinanBerkahwin (Ada atau Tiada Anak); atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak)
Pendapatan Bulanan Isi RumahRM5,000 dan ke bawah.
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
Status PerkahwinanBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak)
Had UmurBerumur 60 tahun dan ke atas
Pendapatan Bulanan Warga Emas RM5,000 dan ke bawah
  • Kategori Bujang :
Status PerkahwinanBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak)
Had UmurBerumur 21 sehingga 59 tahun;

Bujang Orang Kurang Upaya (OKU)
berumur 19 tahun dan ke atas
Pendapatan Bulanan BujangRM2,500 dan ke bawah

BANTUAN STR 2027

Jika anda memenuhi kriteria dan kelayakan, anda boleh membuat permohonan baharu STR untuk tahun 2027 secara online seperti langkah-langkah berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
  3. ⁠Klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan;
    • Bujang
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

TARIKH DAFTAR & REGISTER PORTAL MYSTR

Pemohon baharu yang memenuhi syarat kelayakan permohonan STR 2027, boleh membuat permohonan dalam talian (online) bermula tarikh rasmi berikut :

KAEDAH PERMOHONANTARIKH PERMOHONAN
Permohonan Secara Online

Melalui dalam talian (online) di Portal Rasmi MySTR
15 Oktober 2026, Khamis

JUMLAH BANTUAN STR 2027

Hasil pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan peruntukan bayaran STR 2027 :

  • Peningkatan kadar peruntukan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2027 kepada RM16 bilion.
  • Setiap penerima STR 2027, akan menerima bantuan tambahan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan dengan amaun diberikan sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun.

Kadar kelayakan maksium STR 2027 :

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN STR 2027
Isi Rumah
berpendapatan RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM600
Anak 3 hingga 4 : RM1,100
Anak 5 dan Ke atas : RM1,600
Isi Rumah
berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM450
Anak 3 hingga 4 : RM700
Anak 5 dan Ke atas : RM950
Warga Emas Tiada Pasangan
(Berumur 60 tahun dan ke atas)
RM600
Bujang
(Berumur 21-59 tahun)
Bayaran digantikan Bantuan SARA

SUMBER RUJUKAN LANJUT

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment