CEK BAKI MYKASIH 2026 : PENERIMA YANG LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN BANTUAN SARA BULANAN FASA FEBRUARI 2026
Kira-kira baki Bantuan SARA MyKasih terkumpul dalam Kad Pengenalan penerima yang setakat Fasa Februari adalah dari sebanyak RM100 sehingga sebanyak RM400. Oleh itu, setiap 8.1 juta penerima boleh menyemak baki yang ada dalam Kad Pengenalan masing-masing.
Bagaimanakah cara cek baki Bantuan SARA MyKasih? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : KADAR BANTUAN STR 2026 – SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DIBAYAR KEPADA PEMOHON BERSTATUS LULUS
TARIKH KREDIT MYKASIH 2026
Pengkreditan MyKasih / Bantuan SARA Bulanan yang terbaru adalah untuk Fasa Februari yang bertarikh pada :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| Isi Rumah & Warga Emas | 01 Februari 2026, Ahad |
| Bujang | 01 Februari 2026, Ahad |
CEK BAKI MYKASIH 2026
Baki Bantuan SARA Bulanan boleh disemak secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – dan tanpa <jarak>.
- (Contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima & baki SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
Berikut merupakan contoh paparan status kelayakan penerima & baki SARA Bulanan :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 200.00 |
JUMLAH BAKI MYKASIH TERKUMPUL 2026
Sekiranya penerima tidak menggunakan Bantuan SARA MyKasih pada bulan Januari, jumlah baki yang terkumpul adalah sebanyak berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN | JUMLAH KREDIT (FASA FEBRUARI) | JUMLAH BAKI TERKUMPUL |
|---|---|---|
| Isi Rumah (Miskin Tegar) | RM200 | RM400 |
| Warga Emas (Miskin Tegar) | RM150 | RM300 |
| Bujang (Miskin Tegar | RM100 | RM200 |
| Isi Rumah (Bukan Miskin) | RM100 | RM200 |
| Warga Emas (Bukan Miskin) | RM50 | RM100 |
| Bujang (Bukan Miskin) | RM50 | RM100 |
TARIKH AKHIR GUNA BAKI MYKASIH 2026
Penerima yang layak boleh menggunakan baki Bantuan SARA MyKasih pada bila-bila masa sahaja sebelum tarikh akhir :
| KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH GUNA | TARIKH AKHIR GUNA |
|---|---|---|
| Miskin Tegar | 12 bulan | 31 Disember 2026, Ahad |
| Bukan Miskin | 12 bulan | 31 Disember 2026, Ahad |
CARA GUNA BAKI MYKASIH 2026
Bagi penerima yang belum menggunakan Bantuan SARA MyKasih, ikuti cara-cara guna yang mudah di bawah :
| LANGKAH | CARA-CARA GUNA MYKASIH |
|---|---|
| 1. | Kunjungi pasaraya / pasar mini / kedai runcit berhampiran anda (terdapat lebih 10,000 premis yang terpilih SARA MyKasih) |
| 2. | Pilih barang keperluan asas yang diluluskan (mempunyai label SARA MyKasih pada rak tanda harga) |
| 3. | Pergi kaunter yang mempunyai sistem bayaran MyKasih. |
| 4. | Berikan Kad Pengenalan pada juruwang untuk pengesahan penerima & baki |
| 5. | Setiap barang yang dipilih akan diimbas oleh juruwang yang bertugas |
| 6. | Bayaran akan disahkan dengan guna Kad Pengenalan |
| 7. | Resit bayaran akan diberikan untuk semakan trasaksi dan baki |
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.