SEMAK DUIT STR 2026 : CHECK JUMLAH BANTUAN FASA 1 YANG AKAN DIBAYAR DALAM AKAUN PENERIMA
Duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 telah mula dibayar kepada 5 juta penerima yang layak secara berperingkat melalui akaun bank penerima dan juga melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.
Bagaimanakah cara semak status duit STR yang dibayar dalam akaun? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK EKASIH ONLINE 2026 : BAYARAN RM200 SETIAP BULAN AKAN DISALURKAN KEPADA PENERIMA YANG BERSTATUS LAYAK
CARA DUIT STR DIBAYAR KEPADA PENERIMA
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bukan sahaja dikredit masuk ke dalam akaun bank penerima. Namun, ianya dibayar melalui dua (2) cara mengikut kepada jenis-jenis penerima seperti berikut :
| BAYARAN UNTUK PENERIMA ADA AKAUN BANK | BAYARAN UNTUK PENERIMA TIADA AKAUN BANK |
|---|---|
| Penerima perlu menunggu Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dikredit masuk ke dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan | Penerima perlu menuntut Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan penerima |
TARIKH DUIT STR DIBAYAR FASA 1 2026
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dilaksanakan secara berperingkat kepada 5 juta penerima yang layak pada tarikh yang dinyatakan seperti berikut :
| PERINGKAT BAYARAN | TARIKH PELAKSANAAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Bermula 20 Januari 2026 (Selasa) dan berperingkat |
JUMLAH DUIT STR DIBAYAR FASA 1 2026
Kerajaan telah menetapkan bahawa jumlah duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan dibayar kepada penerima adalah berbeza mengikut kepada kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH DUIT STR DIBAYAR FASA 1 |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM300 3-4 anak : RM400 >5 anak : RM500 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM100 1-2 anak : RM100 3-4 anak : RM150 >5 anak : RM200 |
| Warga Emas | RM150 |
| Bujang | Diganti dengan bayaran SARA |
SEMAK BAYARAN DUIT STR 2026 FASA 1
Untuk tahu sama ada duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 telah dikreditkan dalam akaun bank atau belum, ikuti cara semak status yang lengkap seperti di bawah :
| LAMAN WEB | PUATAN RASMI |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Layari laman web Sumbangan Tunai Rahmah dengan klik pada pautan rasmi di atas.
- Halaman utama Sumbangan Tunai Rahmah akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Terus klik pada butang [Semak].
- Klik [Ya] jika ‘Kata Kunci Keselamatan’ yang dipaparkan betul.
- Masukkan Kata Laluan yang betul dan sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Terus klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan seperti :
- ‘Dalam Proses Kredit’
- ‘Telah Dikredit’
- ‘Gagal Kredit’
- Selesai.
*Nota : Bagi status bayaran ‘Gagal Kredit’, penerima perlu menuntut bayaran di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
MAKLUMAT LANJUT STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.