KELAYAKAN STR 2026 : SEMAK STATUS FASA 2

KELAYAKAN STR 2026 : SEMAK STATUS FASA 2

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 2 merupakan antara bantuan kewangan yang dinantikan oleh rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Bantuan ini disalurkan secara berperingkat oleh kerajaan bagi memastikan golongan yang benar-benar layak menerima sokongan kewangan dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup. Penentuan kelayakan dibuat berdasarkan beberapa kriteria utama seperti pendapatan isi rumah, status perkahwinan serta bilangan tanggungan yang didaftarkan dalam sistem MySTR.

Bagi Fasa 2 tahun 2026, penerima yang layak boleh membuat semakan status secara dalam talian bagi mengetahui sama ada permohonan mereka diluluskan atau sebaliknya. Semakan ini juga membolehkan pemohon melihat kategori kelayakan serta maklumat pembayaran yang akan disalurkan melalui akaun bank atau tuntutan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagaimanakah cara semak kelayakan STR 2026 bagi Fasa 2? Ikuti panduan lengkap dan info terkini yang kami sediakan di bawah.

BACA JUGA : CHECK STATUS STR 2026 : KELAYAKAN FASA 2

KRITERIA KELAYAKAN STR 2026

Kriteria kelayakan bagi setiap kategori adalah berbeza-beza yang ditentukan oleh Kerajaan. Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima bantuan STR untuk tahun 2026:

  • ISI RUMAH :
KRITERIAKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Had UmurTiada had
Status
Perkahwinan
Berkahwin (ada / tiada anak)
atau
Balu / Duda / Janda (ada anak)
Kadar PendapatanB40 : RM2,500 dan ke bawah sebulan
M40 : RM2,501 hingga RM5,000 sebulan
  • WARGA EMAS :
KRITERIAKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Had Umur60 tahun & ke atas
Status
Perkahwinan
Bujang
atau
Balu / Duda / Janda
(tiada tanggungan)
Kadar PendapatanTidak lebih dari
RM5,000 sebulan
  • BUJANG :
KRITERIAKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Had Umur21 hingga 59 tahun
Status
Perkahwinan
Belum berkahwin
atau
Balu / Duda / Janda (tiada anak)
Kadar PendapatanRM2,500 dan ke bawah sebulan

KADAR BAYARAN STR 2026 FASA 2

Kadar bayaran bantuan STR 2026 tentunya mengikut kategori dan kelayakan penerima. Berikut merupakan kadar bayaran bantuan STR 2026 untuk setiap kategori penerima :

KATEGORI
PENERIMA
KADAR STR 2026KADAR BAYARAN
FASA 2
Isi Rumah B400 anak : RM700
1-2 anak : RM1,200
3-4 anak : RM1,700
>5 anak : RM2,200
Tiada Perincian Rasmi
Isi Rumah M400 anak : RM200
1-2 anak : RM450
3-4 anak : RM700
>5 anak : RM950
Warga EmasRM600
BujangDigantikan dengan bantuan SARA: RM600 setahun SARA: RM50 sebulan
*Nota: Perincian kadar bayaran STR 2026 akan diisi kembali sejurus pengumuman rasmi diterbitkan.

JADUAL BAYARAN STR 2026 FASA 2

Penyaluran bantuan STR untuk tahun 2026 diagihkan secara berperingkat kepada penerima-penerima yang layak dari Fasa 1, 2, 3 dan Fasa 4 seperti jadual bayaran yang tertera di bawah:

PERINGKATJADUAL BAYARAN STR 2026
Fasa 1Bermula 20 Januari 2026
dan berperingkat
Fasa 2Akan dikemaskini apabila
diumumkan secara rasmi
Fasa 3
Fasa 4

SEMAK STATUS KELAYAKAN STR FASA 2 2026

Setiap pemohon bantuan STR 2026 yang telah kemukakan permohonan, kini boleh mengetahui status kelayakan sebagai penerima bayaran Fasa 2 dengan melakukan semakan seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

MEDIUM PEMBAYARAN STR 2026

Bantuan STR 2026 akan disalurkan kepada penerima yang diluluskan melalui medium pembayaran seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bagi penerima Tiada Akaun Bank atau status ‘Gagal Kredit’.

INFO LANJUT STR

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau ingin dapatkan info lebih lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
  • Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
  • e-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan. Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf

Leave a Comment