STR 2026 FASA 1 TARIKH BAYAR : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

STR 2026 FASA 1 TARIKH BAYAR : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 1 bagi tahun 2026 kepada penerima-penerima yang layak melalui bayaran tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan pengkreditan dalam akaun bank adalah berbeza dan berperingkat.

Bilakah tarikh bayar STR Fasa 1? Bagaimanakah cara semak status layak atau tidak? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN EKASIH 2026 RM200 : CHECK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

STR 2026 FASA 1 TARIKH BAYAR

Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 1 bagi tahun 2026 akan mula dilaksanakan pada tarikh yang telah dinyatakan oleh pihak Kerajaan seperti berikut :

CARA PENERIMAANTARIKH BAYAR STR
FASA 1
Terima bayaran melalui
kaunter cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Bermula :
20 Januari 2026, Selasa
Terima kredit melalui
akaun bank penerima /
akaun bank pasangan
Bermula :
20 Januari 2026, Selasa
dan berperingkat

AMAUN BAYARAN STR FASA 1 2026

Amaun bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 untuk penerima isi rumah B40, Isi Rumah M40 dan warga emas adalah berbeza bermula RM100 sehingga RM500 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN
STR FASA 1
Isi Rumah B40RM200
sehingga
RM500
(tertakluk jumlah anak)
Isi Rumah M40RM100
sehingga
RM200
(tertakluk jumlah anak)
Warga EmasRM150

JUMLAH PENERIMA LAYAK STR FASA 1 2026

Berdasarkan rekod, seramai 5 juta pemohon yang telah melepasi status kelayakan dan layak menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 yang melibatkan kategori berikut :

KATEGORIJUMLAH
PENERIMA
KADAR
IMPLIKASI
Isi Rumah B402.7 jutaRM0.8 billion
Isi Rumah M401.0 jutaRM0.1 billion
Warga Emas1.3 jutaRM0.2 billion

SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK STR FASA 1 2026

Bagi pemohon sedia ada dan pemohon baharu, boleh menyemak status kelayakan untuk tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2026. Ikuti cara semak status di bawah :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk STR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Tekan [Semak].
  5. Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang [Semak].
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang [Log Masuk].
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
  11. Status Kelayakan penerima STR Fasa 1 akan dipaparkan.
  12. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT STR

Untuk dapatkan sebarang maklumat lanjut yang lebih terperinci berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh dapatkan melalui pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Artikel yang kami kongsikan ini adalah bertujuan untuk memudahkan carian dan capaian orang ramai berkaitan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca atau tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.

Kami menulis artikel ini berdasarkan sumber yang sahih dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.

Leave a Comment