BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH (STR FASA 3 2026) : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK
Pemberian bantuan tunai adalah usaha berterusan Kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terjamin, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) yang memerlukan sokongan kewangan untuk menjalani kehidupan harian.
Bagaimanakah semakan layak atau tidak bayaran bantuan tunai str fasa 3 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN WARGA EMAS 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SETIAP BULAN
KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH
Penerima Bantuan Tunai Rahmah 2026, terdiri daripada kategori berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin (Ada dan Tiada Anak); atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak); Tiada had umur; Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 60 tahun dan ke atas; Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 21-59 tahun; Berumur 19 – 59 tahun (Orang Kurang Upaya/OKU); Pendapatan Bulanan RM2,500 dan ke bawah; Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa |
SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH
Status kelayakan penerima bayaran bantuan tunai rahmah Fasa 3 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari pautan rasmi mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan STR.
- Status kelayakan atau permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
- Selesai.
AMAUN BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH
Kadar Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN FASA 3 |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM450 Anak 5 dan Ke atas : RM600 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM0 Anak 1 hingga 2 : RM150 Anak 3 hingga 4 : RM200 Anak 5 dan Ke atas : RM250 |
| Warga Emas Tiada Pasangan (Berumur 60 tahun dan ke atas) | RM150 |
| Bujang (Berumur 21-59 tahun) | Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan (Total RM600 setahun) |
TARIKH BAYARAN FASA 3
Tarikh rasmi pengagihan duit bantuan STR FASA 3 2026 masih belum diumumkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi pengagihan bantuan, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.
CARA BAYARAN BANTUAN RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026
Bagaimana mahu memohon bantuan str online semula?
Adakah perlu kemaskini maklumat yg sedia ada walau tiada perubahan dlm maklumat yg sedia ada..?? Contoh status bujang..utk yg semasa masih bujang..dan yg lain masih sama..