AMAUN DUIT BAYARAN STR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN BANTUAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LAYAK FASA 3
Ketahui kadar dan amaun duit bayaran STR 2026 bagi Fasa 3 yang akan disalurkan kepada semua pemohon yang berstatus Lulus. Bantuan Kerajaan menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini dibayar mengikut kategori pendapatan isi rumah, bilangan anak tanggungan, serta kategori bujang dan warga emas.
Bagi memastikan anda mendapat gambaran jelas mengenai jumlah tunai yang bakal dikreditkan ke akaun anda, artikel ini menyediakan rincian lengkap jadual kadar bayaran setahun serta cara semakan amaun menerusi portal rasmi MySTR.
Baca juga: SEMAK JUMLAH BAYARAN SARA SETIAP BULAN DALAM MYKAD
AMAUN DUIT BAYARAN STR 2026
Amaun duit bayaran STR 2026 FASA 3 adalah mengikut kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM450 Anak 5 dan Ke atas : RM600 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM0 Anak 1 hingga 2 : RM150 Anak 3 hingga 4 : RM200 Anak 5 dan Ke atas : RM250 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan (Berusia 60 tahun dan ke atas) | RM150 |
| Bujang (Berusia 21 sehingga 59 tahun) | Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan (Total RM600 setahun) |
JADUAL BAYARAN DUIT STR 2026 FASA 3
Agihan bantuan STR dilaksanakan secara empat (4) fasa berperingkat sepanjang tahun. Berikut adalah ringkasan fasa pembayaran bagi tahun 2026 :
| FASA PEMBAYARAN | STATUS AGIHAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | Selesai Dibayar | 20 Januari 2026 (Selasa) |
| Fasa 2 | Selesai Dibayar | 10 Mac 2026 (Selasa) |
| Fasa 3 | Mula dikreditkan secara berperingkat | 15 Ogos 2026 (Sabtu) |
| Fasa 4 | Belum dilaksanakan | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
SEMAK STATUS BAYARAN DUIT STR 2026
Untuk menyemak jumlah amaun bayaran yang telah dimasukkan atau yang akan diterima bagi Fasa 3, anda boleh menyemaknya secara dalam talian dengan langkah mudah ini :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Layari portal rasmi MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda dan tekan butang [Semak].
- Sahkan kata kunci keselamatan akaun anda.
- Masukkan Kata Laluan dan klik [Log Masuk].
- Di halaman Dashboard MySTR, pilih menu [Semakan Permohonan].
- Paparan skrin akan menunjukkan :
- Status Kelayakan Permohonan;
- Amaun Duit Bayaran STR 2026 (Jumlah Telah Dibayar & Amaun Fasa Seterusnya);
- Status Kelayakan SARA.
KAEDAH PENERIMAAN BAYARAN DUIT STR
Penyaluran amaun duit bayaran STR 2026 dilakukan mengikut dua kaedah rasmi :
- Pengkreditan Ke Akaun Bank : Bayaran dikreditkan secara automatik ke akaun bank penerima atau pasangan yang aktif dan didaftarkan.
- Penunaian di Kaunter BSN : Khusus bagi penerima yang tiada akaun bank berdaftar atau status Gagal Kredit. Pembayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dengan membawa MyKad asal.
TALIAN BANTUAN & MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MySTR dan kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan Amaun Duit Bayaran STR 2026. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.
Terima kasih
Semak tarikh bayaran str fasa 3 2026.