SEMAKAN SARA BULANAN 2026 : PEMOHON YANG BERSTATUS LAYAK SAHAJA AKAN TERIMA BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD BERMULA JANUARI BERJUMLAH (RM200 & RM100)
Bermula 9 Januari 2026, Bantuan SARA Bulanan akan dikreditkan kepada isi rumah dan warga emas yang tiada pasangan. Kemudian, pada 16 Januari 2026 pula, Bantuan SARA Bulanan akan dikreditkan kepada individu bujang yang layak.
Bagaimanakah semakan SARA Bulanan 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
APA ITU SARA BULANAN?
SARA Bulanan atau rasminya adalah Sumbangan Asas Rahmah yang diberikan setiap bulan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memenuhi keperluan asas harian seperti barang dapur, produk penjagaan diri, ubat-ubatan dan sebagainya.
CARA TERIMA SARA BULANAN 2026
Bantuan SARA Bulanan akan diterima oleh semua penerima dari setiap negeri (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) melalui cara yang sama iaitu akan menerima pengkreditan dalam Kad Pengenalan (MyKad) pada setiap bulan dan boleh digunakan di mana-mana 10,000 ribu kedai terpilih.
TARIKH KREDIT SARA BULANAN 2026
Bantuan SARA Bulanan akan dikreditkan sebulan sekali pada tarikh berikut :
- 9 & 16 Januari 2026.
- 1 Februari 2026.
- 1 Mac 2026.
- 1 April 2026.
- 1 Mei 2026.
- 1 Jun 2026.
- 1 Julai 2026.
- 1 Ogos 2026.
- 1 September 2026.
- 1 Oktober 2026.
- 1 November 2026.
- 1 Disember 2026.
JUMLAH KREDIT SARA BULANAN 2026
Setiap kategori penerima miskin, miskin tegar dan asas bukan miskin akan terima jumlah Bantuan SARA Bulanan yang berbeza seperti berikut :
- Penerima Miskin & Miskin Tegar :
- Isi Rumah : RM200 setiap bulan.
- Warga Emas : RM150 setiap bulan.
- Bujang : RM100 setiap bulan.
- Penerima Asas Bukan Miskin :
- Isi Rumah : RM100 setiap bulan.
- Warga Emas : RM50 setiap bulan.
- Bujang : RM50 setiap bulan.
SEMAKAN SARA BULANAN 2026
Untuk tahu status anda sama ada layak atau tidak sebagai penerima bayaran Bantuan SARA Bulanan bagi tahun 2026, rujuk cara semakan yang lengkap di bawah :
- Sila layari laman sesawang rasmi di sini : https://mykasih.com.my/.
- Anda akan dibawa ke halaman utama MyKasih.
- Layarkan skrin sedikit ke bawah.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad anda pada ruang kosong itu.
- *Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada kotak [Verify as human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan anda sebagai penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT SARA
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]