TARIKH BAYARAN WANG BANTUAN STR 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN UNTUK FASA 1

TARIKH BAYARAN WANG BANTUAN STR 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN UNTUK FASA 1

Dianggarkan hampir 9 juta pemohon yang berjaya memohon dan layak terima bayaran wang Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk Fasa 1 pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan untuk membantu rakyat membuat persiapan.

Bilakah tarikh bayaran wang Bantuan STR dan bagaimana cara check status penerima? Rujuk maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH BAYARAN SARA 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN

JUMLAH BAYARAN WANG BANTUAN STR 2026

Wang Bantuan STR akan disalurkan kepada penerima isi rumah dan bujang dengan jumlah sebanyak berikut :

  • Bayaran Untuk Penerima Isi Rumah :
    • Isi Rumah berkahwin (ada / tiada anak) / ibu bapa tunggal ada anak.
JUMLAH BAYARAN
UNTUK
ISI RUMAH B40
JUMLAH BAYARAN
UNTUK
ISI RUMAH M40
Tiada anak : RM700Tiada anak : RM200
1 – 2 anak : RM1,2001 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM1,7003 – 4 anak : RM700
5 anak ke atas : RM2,2005 anak ke atas : RM950
  • Bayaran Unruk Penerima Bujang :
    • Bujang belum berkahwin / balu / duda / janda tiada anak.
JUMLAH BAYARAN
UNTUK BUJANG
60 TAHUN KE ATAS
JUMLAH BAYARAN
UNTUK BUJANG
21 – 59 TAHUN
RM600Diganti bayaran SARA

TARIKH BAYARAN WANG BANTUAN STR 2026

Berikut merupakan tarikh-tarikh jangkaan bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 kepada penerima yang layak :

â›Šī¸ Fasa 1 : Dijangka dibayar sebelum Perayaan Tahun Baru Cina.

🧕 Fasa 2 : Dijangka dibayar sebelum / selepas Perayaan Aidilfitri.

🇲🇾 Fasa 3 : Dijangka dibayar sebelum Hari Kebangsaan.

đŸĒ” Fasa 4 : Dijangka dibayar sebelum Perayaan Deepavali.

*Namun, tarikh bayaran sebenar akan dikemaskini semula apabila Kementerian Kewangan (MOF) mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan tarikh bayaran Bantuan STR.

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN STR 2026

Anda boleh check status sebagai penerima Bantuan STR untuk tahun 2026 mengikut panduan lengkap seperti berikut :

  1. Lawati Portal Rasmi STR di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, pergi ke bahagian ‘Log Masuk’ https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  4. Klik pada butang [Semak].
  5. Untuk pengesahan, ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan.
  6. Jika ianya memaparkan nama pemohon, klik butang [Ya].
  7. Masukkan ‘Kata Laluan Pengguna’ dengan tepat.
  8. Klik pula pada butang [Log Masuk].
  9. Dashboard STR akan dipaparkan.
  10. Untuk ketahui status, klik butang [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima Bantuan STR akan dipaparkan.
  12. Selesai.

CARA TERIMA BAYARAN WANG BANTUAN STR

Setelah status permohonan disahkan ‘Layak’, penerima akan terima wang Bantuan STR dengan cara-cara berikut :

  • Tunggu wang Bantuan STR masuk ke dalam akaun bank sendiri / akaun bank pasangan jika anda memasukkan maklumat akaun bank semasa permohonan STR; atau
  • Tuntut wang Bantuan STR di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat jika anda tiada akaun bank atau tidak memasukkan maklumat akaun bank semasa permohonan STR.

PERINCIAN LANJUT BANTUAN STR

Untuk perincian maklumat Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang lebih lanjut, sila semak di Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau untuk pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib melalui :

  • Kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); atau
  • Hubungi Talian 03 8882 4565 / 03 8882 4566; atau
  • Emelkan ke [email protected]

Leave a Comment