BERAPAKAH AMAUN BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN BANTUAN YANG AKAN DIKREDIT MASUK KEPADA PENERIMA YANG LAYAK FASA 1
Oleh kerana setiap pemohon lain-lain kelayakan dan memiliki bilangan tanggungan yang berbeza, Kerajaan akan membayar Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dengan amaun yang berbeza bermula RM200 hingga RM2,200 bergantung kelayakan penerima.
Bagaimanakah cara semak berapakah amaun Bantuan STR dibayar 2026? Ikuti panduan dan penjelasa lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH RM100 2026 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS ONLINE
BERAPAKAH AMAUN BANTUAN STR DIBAYAR 2026
Amaun Bantuan STR yang bakal dibayar kepada setiap kategori penerima untuk tahun 2026 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN STR (RM) | AMAUN BANTUAN SARA (RM) |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : 700 1-2 anak : 1,200 3-4 anak : 1,700 >5 anak : 2,200 | 1,200 / 2,400 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : 200 1-2 anak : 450 3-4 anak : 700 >5 anak : 950 | 1,200 |
| Warga Emas | 600 | 600 / 1,800 |
| Bujang | – | 600 / 1,200 |
BILAKAH BANTUAN STR DIBAYAR 2026
Bantuan STR akan dilaksanakan secara berperingkat dari Fasa 1 hingga Fasa 4 mengikut jadual berikut :
| PERINGKAT PELAKSANAAN | BANTUAN STR DIBAYAR |
|---|---|
| Fasa Pertama (1) | Februari 2026 (Akan dikemaskini) |
| Fasa Kedua (2) | Mac / April 2026 (Akan dikemaskini) |
| Fasa Ketiga (3) | Ogos 2026 (Akan dikemaskini) |
| Fasa Keempat (4) | November 2026 (Akan dikemaskini) |
BAGAIMANAKAH CARA BANTUAN STR DIBAYAR 2026
Cara-cara Bantuan STR dibayar kepada setiap penerima adalah seperti berikut :
| CARA BANTUAN STR DIBAYAR | JENIS PENERIMA |
|---|---|
| Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau Dibayar di mana-mana pusat bersesuaian | Penerima tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau Penerima di Pedalaman Sabah dan Sarawak |
| Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau dalam akaun bank pasangan | Penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif |
BAGAIMANAKAH CARA SEMAK KELAYAKAN PENERIMA STR 2026
Berikut dikongsikan cara semak kelayakan diri sebagai penerima Bantuan STR seperti berikut :
| PAUTAN PORTAL UTAMA RASMI STR |
|---|
| https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan Portal utama rasmi STR di atas.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]