BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LULUS ATAU TIDAK UNTUK DAPAT PEMBAYARAN FASA 1

BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LULUS ATAU TIDAK UNTUK DAPAT PEMBAYARAN FASA 1

Berdasarkan bayaran Bantuan STR Fasa 1 tahun 2025 Kerajaan menyalurkan sebelum perayaan Tahun Baru Cina dan kemungkinan untuk bayaran Bantuan STR Fasa 1 tahun 2026 juga akan dibayar sebelum perayaan Tahun Baru Cina yang sekaligus memasuki bulan Ramadan.

Bilakah tarikh bayaran Bantuan STR & bagaimanakah cara semakan status penerima? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BILAKAH TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN SARA FASA DISEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS ANDA AKAN DAPAT ATAU TIDAK PEMBAYARAN TERAKHIR

BAGAIMANAKAH KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR 2026

Kaedah bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 adalah sama seperti kaedah bayaran tahun-tahun sebelum ini. Berikut adalah kaedah bayaran Bantuan STR :

KAEDAH BAYARAN
BANTUAN STR
JENIS PENERIMA
Bayaran tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
dan
Pusat-pusat pemberian di
Sekolah yang terpilih
Sabah dan Sarawak
Tiada akaun bank / status
‘Gagal Kredit’ / Pedalaman
Sabah dan Sarawak
Bayaran tunai melalui
pengkreditan ke dalam
akaun bank penerima
sistem Online Banking
Ada akaun bank

BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2026

Bayaran Bantuan STR adalah secara berperingkat mengikut empat (4) fasa mengikut jadual seperti berikut :

PERINGKAT
FASA
TARIKH BAYARANJANGKAAN
Fasa 1Februari 2026Sebelum Tahun Baru Cina
Fasa 2Mac / April 2026Sebelum / selepas
Hari Raya Aidilfitri
Fasa 3Ogos 2026Sebelum Hari
Kebangsaan
Fasa 4November 2026Sebelum Perayaan
Deepavali
*Bagaimanapun, jadual di atas hanyalah jangkaan sahaja. Pihak kami akan kemaskini kembali jika telah diumumkan secara rasmi.

BERAPAKAH KADAR BAYARAN BANTUAN STR 2026

Kadar bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 adalah mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

KATEGORI &
KELAYAKAN
KADAR BAYARAN
BANTUAN STR
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
0 anak : RM700
1 – 2 anak : RM1,200
3 – 4 anak : RM1,700
>5 anak : RM2,200
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
0 anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
>5 anak : RM950
Warga Emas Pendapatan
Bawah RM5,000
RM600
Bujang Pendapatan
Bawah RM2,500
Diganti bayaran SARA
RM600 hingga RM1,200

BAGAIMANAKAH CARA SEMAK KELAYAKAN BANTUAN STR 2026

Sila layari pautan Portal Rasmi MySTR di bawah dan ikuti panduan lengkap cara semak kelayakan permohonan sebagai penerima Bantuan STR untuk tahun 2026 seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
MySTR 2026https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Halaman utama Portal Rasmi MySTR akan dipaparkan.
  2. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  3. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  4. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  5. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  6. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  7. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  8. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  9. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  10. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN LANJUT BANTUAN STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment