SEMAKAN LATIHAN PLKN 3.0 : KELAYAKAN SIRI 2/2026
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 kembali diteruskan pada tahun 2026 dengan pendekatan baharu yang lebih tersusun dalam membentuk jati diri, disiplin dan semangat patriotisme dalam kalangan belia Malaysia. Bagi pengambilan Siri 2/2026, semakan kelayakan pelatih telah dibuka secara rasmi oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) melalui sistem dalam talian ePLKN 3.0.
Pengambilan ini melibatkan belia warganegara Malaysia yang dipilih berdasarkan kriteria tertentu, termasuk faktor umur dan kesihatan, bagi mengikuti latihan yang dijalankan di kem latihan tentera terpilih. Sehubungan itu, orang ramai khususnya calon yang layak serta ibu bapa disarankan untuk membuat semakan status bagi mengetahui sama ada terpilih menyertai latihan PLKN 3.0 Siri 2/2026.
Bagaimanakah semakan latihan PLKN 3.0 bagi Siri 2/2026? Rujuk panduan lengkap di bawah.
Baca juga: LHDN SEMAK STATUS STR : FASA 2 2026
SYARAT KELAYAKAN LATIHAN PLKN 2026
Syarat kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Calon berusia tidak kurang dari 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh pendaftaran;
- Kelahiran tahun 2008;
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
- Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini.
LATIHAN PLKN 2026
Berikut merupakan beberapa maklumat penting yang perlu yang perlu diingati oleh para pelatih, antaranya :
- Tempoh PLKN adalah selama 45 hari;
- Elaun harian sebanyak RM8 digantikan dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
- Kehadiran pelatih yang terpilih adalah DIWAJIBKAN;
- Kegagalan untuk melapor diri tanpa alasan yang munasabah akan dianggap sebagai ingkar arahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah peruntukan sedia ada di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara.
JADUAL PELAKSANAAN LATIHAN PLKN 2026
Pelaksanaan latihan PLKN 2026, dijadualkan akan berlangsung seperti ketetapan berikut :
| SIRI LATIHAN PLKN 3.0 2026 | TARIKH LATIHAN PLKN 3.0 2026 |
|---|---|
| Siri 1/2026 | 17 Januari 2026 – 03 Mac 2026 |
| Siri 2/2026 | 25 April 2026 – 08 Jun 2026 |
| Siri 3/2026 | 11 Julai 2026 – 24 Ogos 2026 |
| Siri 4/2026 | 03 Oktober 2026 – 16 Nov 2026 |
TARIKH DAN LOKASI LATIHAN PLKN SIRI 2 2026
PLKN Siri 2 2026 akan dilaksanakan pada tarikh dan lokasi berikut:
PLKN 3.0 SIRI 2/2026:
| TARIKH LATIHAN PLKN SIRI 2/2026 | LOKASI LATIHAN PLKN SIRI 2/2026 |
|---|---|
| 25 April 2026 – 03 Jun 2026 | 1) Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW), Kuala Lumpur 2) Kem Rejimen 505 Askar Wataniah (AW), Pekan Pahang |
TARIKH SEMAKAN TAWARAN PLKN SIRI 2 2026
Semakan pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) Siri 2 tahun 2026, bagi warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2008 dibuka bermula pada tarikh berikut :
| TARIKH BUKA | TARIKH TUTUP |
|---|---|
| 20 Februari 2026 (Jumaat) | Tiada Makluman Rasmi |
*Nota: Tiada tarikh tutup rasmi diumumkan, tetapi calon disarankan membuat semakan secepat mungkin kerana tempoh pengesahan biasanya singkat dan tertakluk kepada arahan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).
SEMAKAN LATIHAN PLKN
Status tawaran latihan PLKN 3.0 Siri 2/2026 boleh disemak secara online di Sistem e-PLKN seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi e-PLKN di : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
- Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
- Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
- Kemudian, Klik [Semak]
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
- Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
- Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
- Selesai.
Setelah selesai membuat semakan tawaran, pelatih yang telah terpilih dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dengan segera selewat-lewatnya pada 28 Februari 2026 (Sabtu) agar proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar.
Pelatih juga boleh merujuk panduan manual yang disediakan untuk pengesahan kehadiran: https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf
CALON SIMPANAN PLKN 3.0 2026
Pelatih PLKN Simpanan merujuk kepada calon dalam senarai menunggu yang telah dimaklumkan lebih awal melalui pihak sekolah. Individu yang berada dalam kategori ini perlu membuat semakan semula mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak berkenaan.
Sekiranya tidak terpilih bagi Siri 2/2026, calon disarankan untuk membuat semakan semula bagi siri seterusnya, iaitu Siri 3 dan Siri 4/2026, dalam tempoh selewat-lewatnya tiga minggu selepas pengumuman rasmi oleh JLKN atau sebelum latihan siri berikutnya bermula. Untuk makluman, status sebagai pelatih simpanan adalah sah bagi tempoh satu (1) tahun sahaja.
DOKUMEN WAJIB DIBAWA PELATIH PLKN 2026
Semasa melapor diri, berikut beberapa dokumen yang wajib dibawa oleh pelatih, antaranya :
- Surat tawaran / surat melapor diri;
- Tiga (3) Salinan Kad pengenalan;
- Slip pengesahan Akaun Bank (atas nama sendiri);
- Borang Perakuan Kesihatan;
- Borang pemeriksaan kesihatan (jika ada);
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Unit Pelatih, Sektor Latihan, JLKN: 03-4013 (Sambungan: 3612/3613/3614/3604/3603/3626).
- e-Mel : [email protected].
- Laman Web Rasmi: https://jlkn.mod.gov.my/.