PLKN 2026 : SEMAKAN TAWARAN PLKN SIRI 2

PLKN 2026 : SEMAKAN TAWARAN PLKN SIRI 2

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi tahun 2026 terus menjadi tumpuan dalam usaha melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berdaya tahan dan bersemangat patriotik. Bagi Siri 2/2026, semakan tawaran PLKN kini dibuka kepada calon yang layak bagi mengetahui sama ada mereka terpilih untuk mengikuti latihan yang dijadualkan dalam tempoh terdekat.

Semakan ini penting bagi membolehkan pelatih membuat pengesahan penyertaan serta mengetahui maklumat penempatan dan tarikh melapor diri yang telah ditetapkan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN). Oleh itu, calon serta ibu bapa disarankan untuk menyemak status tawaran secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang masalah atau terlepas peluang menyertai program ini.

Bagaimanakah cara semakan tawaran PLKN 2026? Ikuti panduan lengkap di bawah.

Baca juga: LHDN SEMAK STATUS STR : FASA 2 2026

PLKN 2026

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2026 dilaksanakan di bawah pendekatan baharu yang dikenali sebagai PLKN 3.0, selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh pembangunan jati diri dan semangat patriotisme dalam kalangan belia Malaysia. Pelaksanaan tahun ini diteruskan secara berperingkat melalui beberapa siri pengambilan, termasuk Siri 2/2026 yang melibatkan calon terpilih dalam kalangan warganegara muda.

Di bawah konsep PLKN 3.0, latihan dijalankan di kem latihan terpilih seperti kem Askar Wataniah dengan tempoh sekitar 45 hari, merangkumi modul fizikal, kenegaraan dan pembinaan karakter. Pendekatan ini memberi penekanan kepada pembentukan disiplin, ketahanan mental serta nilai perpaduan dalam kalangan peserta.

Seiring dengan perkembangan semasa, PLKN 2026 turut menggunakan sistem semakan dan tawaran secara dalam talian bagi memudahkan calon mengetahui status kelayakan, penempatan serta urusan pengesahan penyertaan dengan lebih cepat dan sistematik.

SYARAT KELAYAKAN PLKN 2026

Syarat kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, Siri 2/2026 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Calon berusia tidak kurang dari 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh pendaftaran;
  • Kelahiran tahun 2008;
  • Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
  • Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini;

TARIKH & LOKASI PLKN 2026 SIRI 2

Program Latihan Khidmat Negara 3.0 akan dilaksanakan sebanyak empat (4) siri latihan bagi tahun 2026. PLKN Siri Kedua (2) akan dilaksanakan seperti berikut :

PLKN SIRI 2/2026 :

  • Tarikh : 25 April 2026 – 08 Jun 2026
  • Lokasi Latihan :
    • Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW),
      Kuala Lumpur; dan
    • Kem Rejimen 505 Askar Wataniah (AW),
      Pekan Pahang.

TARIKH SEMAKAN TAWARAN PLKN 2026

Tawaran latihan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 Siri 2/2026 boleh disemak secara online pada tarikh yang berikut:

TARIKH BUKATARIKH TUTUP
20 Februari 2026 (Jumaat)
5.00 Petang
Tiada Makluman Rasmi

*Nota: Tiada tarikh tutup rasmi diumumkan, tetapi calon disarankan membuat semakan secepat mungkin kerana tempoh pengesahan biasanya singkat dan tertakluk kepada arahan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

SEMAKAN TAWARAN PLKN 2026

Status tawaran latihan PLKN 3.0 Siri 2/2026 boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi e-PLKN di : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
  2. Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan].
  4. Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”.
  5. Kemudian, Klik [Semak].
  6. Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
  7. Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
  8. Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
  9. Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
  10. Selesai.

Setelah selesai membuat semakan tawaran, pelatih yang telah terpilih dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dengan segera selewat-lewatnya pada 28 Februari 2026 (Sabtu) agar proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar.

Pelatih juga boleh merujuk panduan manual yang disediakan untuk pengesahan kehadiran : https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf

INFO TAMBAHAN

Berikut merupakan beberapa maklumat penting yang perlu diingati oleh para pelatih terpilih :

  • Kehadiran pelatih yang terpilih adalah DIWAJIBKAN;
  • Kegagalan untuk melapor diri tanpa alasan yang munasabah akan dianggap sebagai ingkar arahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah peruntukan sedia ada di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara;
  • Tempoh PLKN adalah selama 45 hari;
  • Elaun harian sebanyak RM8 digantikan dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.

DOKUMEN WAJIB

Semasa melapor diri, berikut beberapa dokumen yang wajib disediakan oleh pelatih, antaranya :

  • Surat tawaran / surat melapor diri;
  • Tiga (3) Salinan Kad pengenalan;
  • Slip pengesahan Akaun Bank (atas nama sendiri);
  • Borang Perakuan Kesihatan;
  • Borang pemeriksaan kesihatan (jika ada).

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 2/2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment