BANTUAN B40 2026 : SEMAK SENARAI DAN STATUS KELAYAKAN ANDA LAYAK ATAU TIDAK, JIKA LAYAK BOLEH RUJUK CARA MOHON INI (PANDUAN LENGKAP)
Golongan yang berpendapatan rendah (B40 dan M40) akan menerima pelbagai bentuk bantuan daripada kerajaan iait melalui tunai dan tanpa tunai (cashless) supaya dapat menampung kos untuk menyara hidup sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah semak senarai, status kelayakan dan cara mohon Bantuan B40 2026? Ikuti panduan lengkap di bawah.
SENARAI BANTUAN B40 2026
Ada dua (2) Bantuan untuk B40 yang disenaraikan oleh Kerajaan Madani bagi tahun 2026, iaitu :
- Bantuan Tunai :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Bantuan Tanpa Tunai :
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
CARA AGIHAN BANTUAN B40
Penerima yang layak akan terima agihan Bantuan B40 dengan cara yang berbeza seperti berikut :
| JENIS BANTUAN B40 | CARA AGIHAN |
|---|---|
| Bantuan Tunai (STR) | Diagihkan secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan melalui akaun bank penerima secara berperingkat selama empat (4) fasa |
| Bantuan Tanpa Tunai (SARA) | Diagihkan secara tanpa tunai (cashless) melalui Kad Pengenalan penerima pada setiap bulan sepanjang tahun 2026 |
KADAR BANTUAN B40 2026
Setiap kategori penerima akan terima bayaran Bantuan B40 STR dan SARA bagi tahun 2026 sebanyak berikut :
- Isi Rumah B40 :
| JUMLAH TANGGUNGAN | KADAR BANTUAN STR | KADAR BANTUAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 | RM1,200 / RM2,400 (biasa / miskin) |
| 1 – 2 orang | RM1,200 | RM1,200 / RM2,400 (biasa / miskin) |
| 3 – 4 orang | RM1,700 | RM1,200 / RM2,400 (biasa / miskin) |
| 5 orang ke atas | RM2,200 | RM1,200 / RM2,400 (biasa / miskin) |
- Isi Rumah M40 :
| JUMLAH TANGGUNGAN | KADAR BANTUAN STR | KADAR BANTUAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM200 | RM1,200 (biasa) |
| 1 – 2 orang | RM450 | RM1,200 (biasa) |
| 3 – 4 orang | RM700 | RM1,200 (biasa) |
| 5 orang ke atas | RM950 | RM1,200 (biasa) |
- Warga Emas :
| JUMLAH TANGGUNGAN | KADAR BANTUAN STR | KADAR BANTUAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM600 | RM600 / RM1,800 (biasa / miskin) |
- Bujang :
| JUMLAH TANGGUNGAN | KADAR BANTUAN STR | KADAR BANTUAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada | – | RM600 / RM1,200 (biasa / miskin) |
CARA MOHON BANTUAN B40
Untuk menikmati Bantuan B40, rakyat perlu mengemukakan permohonan secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
- Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
- (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
SEMAKAN STATUS BANTUAN B40
Kedua-dua status kelayakan Bantuan B40 STR dan SARA boleh disemak melalui satu (1) portal sahaja seperti berikut :
- Layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan no Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
- Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard akan dipaparkan.
- Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
- Status penerima bujang akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Berikut adalah talian rasmi yang boleh dihubungi untuk rujukan lanjut :
- Talian Bantuan B40 STR : 03-8882 4565 / 4566
- Talian Bantuan B40 SARA : 03-7720 1800