CARA KEMASKINI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026 : ANDA DIKEHENDAKI KEMAS KINI MAKLUMAT AGAR NAMA TIDAK TERCICIR DARI SENARAI PENERIMA STR

CARA KEMASKINI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026 : ANDA DIKEHENDAKI KEMAS KINI MAKLUMAT AGAR NAMA TIDAK TERCICIR DARI SENARAI PENERIMA STR

Semua pemohon atau penerima sedia ada dikehendaki membuat kemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) agar nama tidak tercicir dari senarai penerima dan menerima kadar bayaran bantuan yang sepadan dengan kelayakan penerima.

Bagaimanakah cara kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah 2026? Ikuti panduan yang lengkap dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN RESULT STAM : CARA SEMAK KEPUTUSAN STAM 2025 (PANDUAN LENGKAP)

TEMPOH SAH KEMASKINI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026

Sekiranya penerima / pemohon sedia ada ingin mengekalkan status sebagai penerima yang layak dan dapat menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 2026, kemaskini maklumat permohonan boleh dilakukan selama tempoh berikut :

TARIKH KEMASKINI
DIBUKA
TARIKH KEMASKINI
DITUTUP
13 Oktober 2025 (Isnin)28 November 2025 (Jumaat)

CARA KEMASKINI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026

Untuk kemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah hanya boleh dilakukan melalui Portal Rasmi MySTR 2026 https://bantuantunai.hasil.gov.my/ sahaja. Kemudian, ikuti panduan lengkap cara kemaskini di bawah :

  1. Di Portal Rasmi MySTR 2026, sila klik butang [Log Masuk].
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  3. Terus klik butang [Semak].
  4. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan, klik butang [Ya] jika betul.
  5. Masukkan kata laluan yang anda tetapkan.
  6. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  7. Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
  8. Klik pada [Kemas kini Permohonan].
  9. Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat.
  10. Muat naik dokumen Sokongan.
  11. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
  12. ⁠Klik pada butang [Hantar].
  13. ⁠Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  14. Selesai.

SENARAI MAKLUMAT PENTING SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026

Hanya maklumat-maklumat penting yang mempengaruhi kadar bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sahaja yang perlu dikemas kini oleh pemohon sedia ada. Antara maklumat yang penting untuk kemaskini adalah :

SENARAI MAKLUMATJENIS PERUBAHAN
Maklumat PeribadiPerubahan maklumat peribadi seperti
nombor telefon / alamat e-mel /
alamat tempat tinggal terkini & sebagainya
Maklumat Pendapatan
atau Pekerjaan
Kadar pendapatan telah berubah naik / turun
atau mempunyai pekerjaan baharu atau
hilang pekerjaan / sumber pendapatan
Maklumat PasanganPerubahan status perkahwinan seperti
bujang kepada berkahwin atau
berkahwin kepada cerai atau
kematian pasangan
Maklumat TanggunganPertambahan atau pengurangan bilangan
tanggungan sama ada mempunyai anak
baru lahir atau anak berumur 21 tahun
dan bukan lagi tanggungan
Maklumat WarisIngin menukar maklumat waris yang baharu

KADAR BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026

Kadar pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah dipengaruhi oleh bilangan tanggungan dan kadar pendapatan pemohon. Namun untuk tahun 2026, Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah akan disertakan bersama Sumbangan Asas Rahmah sebanyak berikut :

  • Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 :
BILANGAN
TANGGUNGAN
KADAR BAYARAN
STR
KADAR BAYARAN
SARA
TiadaRM700RM1,200 / RM2,400
1 – 2 orangRM1,200RM1,200 / RM2,400
3 – 4 orangRM1,700RM1,200 / RM2,400
5 orang ke atasRM2,200RM1,200 / RM2,400
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
BILANGAN
TANGGUNGAN
KADAR BAYARAN
STR
KADAR BAYARAN
SARA
TiadaRM200RM1,200
1 – 2 orangRM450RM1,200
3 – 4 orangRM700RM1,200
5 orang ke atasRM950RM1,200
  • Warga Emas Pendapatan Bawah RM5,000 & Tiada Pasangan :
BILANGAN
TANGGUNGAN
KADAR BAYARAN
STR
KADAR BAYARAN
SARA
TiadaRM600RM600 / RM1,800
  • Bujang / Balu / Duda / Janda Pendapatan Bawah RM2,500 :
BILANGAN
TANGGUNGAN
KADAR BAYARAN
STR
KADAR BAYARAN
SARA
TiadaRM0RM600 / RM1,200

RUJUKAN RASMI

Informasi yang kami sediakan dalam artikel ini adalah kami rujuk daripada sumber yang sahih iaitu daripada Laman Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah dan kami kongsikan untuk mudahkan carian berkaitan Panduan Kemaskini. Untuk panduan dan info lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Leave a Comment