PANDUAN LENGKAP CARA KEMASKINI BANTUAN STR 2026 SUPAYA NAMA ANDA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

PANDUAN LENGKAP CARA KEMASKINI BANTUAN STR 2026 SUPAYA NAMA ANDA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Hampir seramai 8.8 juta pemohon / penerima sedia ada yang disahkan layak menerima bayaran Fasa 4 2025 perlu membuat kemaskini maklumat permohonan supaya nama tidak tercicir sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak.

Bagaimanakah cara kemaskini Bantuan STR 2026? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN BANTUAN EWALLET 2026 : SEMAKAN STATUS ANDA SAMA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA RM300 DALAM BENTUK E-WALLET

TARIKH KEMASKINI BANTUAN STR 2026 UNTUK PENERIMAAN FASA 1

Untuk penerimaan bayaran Bantuan STR Fasa 1 2026, pemohon kena kemaskini maklumat permohonan mengikut tarikh seperti di bawah :

🗓️ Bermula 13 Oktober 2025 hingga 28 November 2025.

*Jika tidak kemaskini pada tarikh di atas, permohonan anda mungkin dibatalkan atau tidak layak untuk terima bayaran Fasa 1.

SEBAB KENA KEMASKINI BANTUAN STR 2026

Sebab utama pemohon kena kemaskini maklumat Bantuan STR adalah supaya nama tidak tercicir sebagai penerima yang layak dan sebab-sebab lain adalah :

  • Pemohon mempunyai perubahan maklumat permohonan yang penting;
  • Pemohon mempunyai tanggungan baharu / perubahan tanggungan;
  • Kadar pendapatan berkurang / meningkat dari tahun sebelum ini;
  • Status permohonan ‘Tidak Aktif’ atau ‘Tidak Layak’;
  • Data maklumat dinyatakan ‘Tidak Sah’;
  • Tidak kemaskini permohonan selama 3 tahun;
  • Mengelakkan pembatalan permohonan / kelewatan bayaran setiap fasa.

SENARAI MAKLUMAT BANTUAN STR KENA KEMASKINI SUPAYA NAMA ANDA TIDAK TERCICIR

Antara maklumat Bantuan STR penting yang kena kemaskini supaya nama tidak tercicir adalah seperti senarai maklumat di bawah :

  • Maklumat Peribadi (Pemohon) :
    • Perubahan e-mel / nombor telefon baharu (jika ada);
    • Pertukaran alamat tempat tinggal (terkini).
  • Maklumat Pekerjaan / Pendapatan :
    • Status pekerjaan terkini :
      • Tidak bekerja kepada bekerja; atau
      • Bekerja kepada tidak bekerja; atau
      • Hilang pekerjaan; atau
      • Buka perniagaan sendiri.
    • Kadar pendapatan terkini naik atau turun.
  • Maklumat Pasangan :
    • Status perkahwinan terkini :
      • Bujang – Telah berkahwin (masukkan maklumat pasangan); atau
      • Berkahwin – Bercerai (masukkan surat perakuan cerai); atau
      • Kematian pasangan (masukkan sijil kematian).
  • Maklumat Tanggungan :
    • Anak baru lahir / anak angkat baharu (masukkan maklumat dan sijil lahir / mykid);
    • Anak melepasi umur 21 tahun;
    • Anak meninggal dunia (masukkan sijil kematian);
    • Anak tamat pengajian sepenuh masa / bukan lagi tanggungan.
  • Maklumat Akaun Bank :
    • Mempunyai akaun bank baharu yang aktif (masukkan maklumat seperti nombor akaun dan nama bank).
  • Maklumat Waris :
    • Jika maklumat waris sedia ada telah meninggal atau sebagainya, pemohon boleh menukar kepada maklumat waris yang baharu.

PANDUAN LENGKAP CARA KEMASKINI BANTUAN STR 2026 SUPAYA NAMA ANDA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Ikuti panduan lengkap cara kemaskini Bantuan STR 2026 seperti di bawah :

  1. Sila layari laman Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Klik terus pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan painda ruangan tersebut.
  4. Klik butang [Semak].
  5. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan, klik butang [Ya] jika betul.
  6. Masukkan kata laluan yang anda tetapkan.
  7. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  8. Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
  9. Klik pada [Kemas kini Permohonan].
  10. Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat.
  11. Muat naik dokumen Sokongan.
  12. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
  13. ⁠Klik pada butang [Hantar].
  14. ⁠Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  15. Selesai.

RUJUKAN LANJUT STR

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak STR di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment