BANTUAN BINGKAS SELANGOR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA PERMOHONAN BARU
Bantuan khas kewangan Selangor melalui Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) diteruskan untuk penerima yang layak dapat menikmati bantuan bulanan bagi memenuhi barang-barang keperluan, kelengkapan pendidikan, serta kesihatan bulanan.
Bagaimanakah semakan status dan cara permohonan bantuan bingkas? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU BANTUAN BINGKAS?
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ialah bantuan kewangan Kerajaan Negeri Selangor kepada keluarga-keluarga Selangor yang memerlukan dalam mendepani cabaran ekonomi.
CARA PELAKSANAAN BANTUAN BINGKAS
Program BINGKAS dilaksanakan seperti berikut :
| KADAR BULANAN | KADAR KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|
| RM300 | RM3,600 |
- Bantuan RM300 sebulan;
- Secara tanpa tunai (cashless) melalui akaun e-WALLET Selangkah.
- Kredit bantuan ini boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan barang keperluan asas, secara bulanan seperti :
- Makanan Asas (Contoh : Beras / Mi dan Bihun / Roti / Telur / Biskut / Tepung / Minyak Masak);
- Sayur-sayuran dan Buah-buahan;
- Daging, Ayam, Ikan;
- Bahan Perasa (Contoh : Gula dan Garam / Rempah Ratus / Sos / Kicap);
- Produk Kebersihan (Contoh : Sabun Mandian / Ubat gigi);
- Produk Tenusu (Contoh : Susu Segar / Susu Tepung / Susu Pekat Manis);
- Barang Persekolahan dan Perihal Pendidikan;
- Senarai kedai berdaftar BINGKAS boleh disemak di https://bingkasselangor.com/senarai-kedai/
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BINGKAS
Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pemilih berdaftar di Selangor;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
- Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.
PERMOHONAN BARU BANTUAN BINGKAS
Permohonan BINGKAS boleh dilakukan secara online seperti berikut :
| TARIKH PERMOHONAN | TARIKH TUTUP PERMOHONAN |
|---|---|
| 1 Novermber 2025 (Sabtu) | Belum diumumkan |
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
- Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Tekan Butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
- Jika belum mempunyai akaun, sila klik butang Tekan [Daftar Akaun Selangkah baharu].
- Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
- Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
- Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
- Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
- Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
- Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid anak dan klik [Simpan].
- Setelah selesai, klik butang [Hantar].
- Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
- Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
- Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
- Permohonan telah berjaya dihantar.
- Selesai.
DOKUMEN LAMPIRAN PERMOHONAN
Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan BINGKAS, seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan).
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan).
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara).
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti spt ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
- Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor.
CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Status Permohonan dan Kelayakan BINGKAS boleh disemak seperti berikut :
- Portal Rasmi BINGKAS; atau
- Aplikasi Selangkah.
Semakan status di Portal Rasmi BINGKAS :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
- Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Tekan Butang [Semak Status Permohonan].
- Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
- Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
- Kemudian, tekan klik [Log Masuk].
- Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
- Selesai.
Semakan status di Aplikasi Selangkah :
- Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
- Kemudian, buka aplikasi tersebut.
- Daftarkan akaun anda.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
- Buka bahagian [BINGKAS].
- Semak status kelayakan anda.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN BINGKAS
Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
- Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
- Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
- Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 1800-22-6600
- Portal Rasmi BINGKAS : https://bingkasselangor.com/
- Soalan Lazim BINGKAS : https://bingkasselangor.com/soalan-lazim/