PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2026 : REGISTER/DAFTAR ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)

PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2026 : REGISTER/DAFTAR ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)

Kerajaan MADANI sekali lagi menunjukkan keprihatinannya kepada rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) bahawa akan melaksanakan Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) iaitu tajaan penuh untuk rakyat mendapatkan lesen motorsikal secara percuma.

Dengan pelaksanaan Program Bantuan Lesen Memandu Percuma ini, dapat memastikan lebih ramai penunggang motorsikal memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah dan diiktiraf oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bagimanakah cara permohonan Lesen Percuma? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN BINGKAS (2026) : CARA REGISTER/DAFTAR BANTUAN BINGKAS SELANGOR RM300 SETIAP BULAN

PENGENALAN BANTUAN LESEN PERCUMA 2026

Bantuan Lesen Percuma atau Program MyLesen B2 adalah merupakan sebuah program untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan lesen motorsikal secara percuma dengan tajaan sepenuhnya oleh Kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Melalui Bantuan Lesen Percuma, peserta yang layak akan menerima tajaan penuh bagi :

  1. Yuran latihan teori dan amali JPJ.
  2. Ujian memandu (teori dan praktikal).
  3. Pendaftaran Lesen B2.

Secara ringkasnya, tiada sebarang fi dan yuran untuk kelas amali, latihan dan ujian akan dikenakan di bawah Bantuan MyLesen B2 ini. Hanya kos pengangkutan ke institut memandu dan kos-kos tambahan akan ditanggung oleh peserta sendiri.

MANFAAT BANTUAN LESEN PERCUMA 2026

Terdapat banyak manfaat yang dapat daripada pelaksanaan Bantuan Lesen Percuma kepada rakyat, antaranya dapat :

  • Meningkatkan keselamatan jalan raya dengan pemilikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah.
  • Mengurangkan bebanan kewangan bagi keluarga berpendapatan rendah yang tidak mampu membayar kos lesen.
  • Membuka peluang pekerjaan baharu seperti bidang penghantaran makanan dan barang kepada golongan belia yang menganggur.
  • Mengurangkan kadar kemalangan melibatkan penunggang tanpa lesen di Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN LESEN PERCUMA 2026

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan Bantuan Lesen Percuma yang juga berdasarkan syarat terdahulu yang mungkin akan digunakan untuk permohonan bagi tahun 2026 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur antara 16 hingga 35 tahun;
  • Merupakan golongan B40 atau tanggungan B40;
  • Pelajar sekolah menengah, pelajar IPT, belia lepasan sekolah atau penganggur muda.
  • Belum mempunyai sebarang lesen memandu (L atau P);
  • Sihat fizikal dan mental; serta
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.

*Nota : Program Bantuan Lesen Percuma ini diberikan keutamaan kepada belia luar bandar, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan yang ingin bekerja dalam sektor penghantar makanan dan sebagainya.

TARIKH PERMOHONAN LESEN PERCUMA

Tarikh rasmi permohonan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) untuk tahun 2026 masih belum diumumkan secara rasmi. Namun, lazimnya permohonan akan dibuka bermula Februari hingga Oktober.

Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan notis rasmi permohonan yang dibuka melalui laman web rasmi serta media sosial. Peserta perlu menyemak tarikh tersebut dari semasa ke semasa supaya tidak terlepas.

CARA PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2026

Setelah permohonan dibuka, peserta yang memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh membuat permohonan Bantuan Lesen Percuma secara atas talian (online) dengan mudah mengikut panduan berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi JPJ (ikuti negeri masing-masing).
  2. Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2.
  3. Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
  4. Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan.
  5. Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal. Hantar borang tersebut.
  6. Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
  7. Selesai.

MAKLUMAT TAMBAHAN BANTUAN LESEN PERCUMA

Berikut merupakan maklumat tambahan berkaitan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) yang penting perlu diketahui oleh peserta :

  1. Program Bantuan Lesen Percuma hanya untuk lesen motorsikal kelas B2 (250cc ke bawah).
  2. Lesen kereta kelas D dan DA adalah tidak termasuk.
  3. Kuota permohonan adalah terhad yang dibahagikan mengikut negeri.
  4. Pemohon yang gagal ujian JPJ masih boleh mengulang dan kos ulangan adalah tidak ditanggung.
  5. Semua latihan dan ujian hanya boleh dilakukan di Institut Memandu (IM) yang diluluskan oleh JPJ sahaja.

RUJUKAN

Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2), anda boleh merujuk terus pihak berwajib seperti berikut :

6 thoughts on “PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2026 : REGISTER/DAFTAR ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)”

Leave a Comment