KEMASKINI BANTUAN STR (LINK UPDATE 2025 ONLINE)
Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan langsung kerajaan kepada individu dan keluarga yang memerlukan, namun masih terdapat ramai yang gagal mendapat bantuan ini kerana tidak mengemas kini maklumat terkini yang diperlukan. Anda perlulah kemaskini maklumat STR dari masa ke semasa bagi melancarkan proses permohonan. Tarikh untuk kemaskini maklumat asas permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 akan dibuka.
Ini adalah maklumat lanjut mengenai Bantuan Tunai Rakyat (Sumbangan Tunai Rahmah).
Bagaimanakah kemaskini bantuan str? Ikuti penjelasan di sini.
Baca juga: LOGIN BANTUAN TUNAI HASIL : SEMAKAN STR.
APA ITU BANTUAN STR
STR 2025 merupakan satu bentuk skim bantuan tunai dan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada rakyat, bagi membantu meringankan beban kos sara hidup.
Kerajaan Perpaduan memberi tumpuan kepada pendekatan rahmah dalam membela golongan rakyat yang memerlukan, khususnya golongan rentan dan mudah terjejas seperti golongan berpendapatan rendah, warga emas, ibu tunggal, dan mereka yang mudah terkesan oleh cabaran ekonomi atau situasi mendesak lain.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
- Isi rumah
- Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
- anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
SYARAT KEMASKINI
Pemohon yang diwajibkan untuk mengemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:
- Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022.
- Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini.
Sila semak semula maklumat pemohon dan simpan salinan untuk rujukan anda.
KEMASKINI BANTUAN STR ONLINE
Panduan Lengkap kemaskini STR 2025 seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Tekan butang Log Masuk untuk membuat Kemaskini Permohonan.
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Klik butang kemaskini setelah berjaya log masuk MySTR.
- Lengkapkan maklumat pemohon.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu pengesahan dan klik butang sahkan Captcha.
- Paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Tekan butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna – Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Tekan butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
TARIKH KEMASKINI
Kemaskini bantuan STR bagi 2025 akan dibuka secara rasmi selepas pihak kerajaan umumkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh kemaskini bantuan STR 2025, akan diberitahu dari masa ke semasa.
JUMLAH BANTUAN STR
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1000 Anak 1-2 : RM 1500 Anak 3-4 : RM 2000 5 dan keatas: RM 2500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
e-Mel : [email protected]