PORTAL STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH

PORTAL STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH

Semakan status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 hanya boleh disemak melalui pautan (Link) Portal Rasmi yang baharu sahaja. Selain itu juga, pemohon sedia ada perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu sebelum buat semakan.

Bagaimanakah cara semakan status penerima di Portal STR 2026? Ikut cara-cara di bawah.

BACA JUGA : SYARAT KELAYAKAN SARA 2026 : ADAKAH ANDA LAYAK? REGISTER PERMOHONAN BARU UNTUK ELAK NAMA ANDA TERCICIR SEBAGAI PENERIMA

CARA BAYARAN STR 2026

Dua (2) sahaja cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada penerima iaitu tunai melalui kaunter bank atau pengkreditan tunai ke dalam akaun bank penerima seperti berikut :

  • Pembayaran Tunai Melalui Kaunter :
    • Bantuan STR akan dibayar secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada akaun bank, penerima status ‘gagal Kredit’ dan penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akses akaun bank.
  • Pengkreditan Tunai Melalui Akaun Bank :
    • Bantuan STR akan dikreditkan secara tunai melalui akaun bank penerima / pasangan mengikut jenis bank seperti Bank Islam, Maybank, Affin Bank, RHB Bank dan sebagainya yang didaftarkan semasa permohonan.

JUMLAH BANTUAN STR 2026

Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah bermula dengan jumlah sebanyak RM200 sehingga RM2,200 bergantung kelayakan setiap kategori. Kerajaan turut memberikan bayaran tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut :

  • Isi Rumah B40 :
    • Tiada anak : STR RM700 + SARA RM1,200.
    • 1 – 2 anak : STR RM1,200 + SARA RM1,200.
    • 3 – 4 anak : STR RM1,700 + SARA RM1,200.
    • 5 & ke atas : STR RM2,200 + SARA RM1,200.
  • Isi Rumah M40 :
    • Tiada anak : STR RM200 + SARA RM1,200.
    • 1 – 2 anak : STR RM450 + SARA RM1,200.
    • 3 – 4 anak : STR RM700 + SARA RM1,200.
    • 5 & ke atas : STR RM950 + SARA RM1,200.
  • Warga Emas (Tiada Pasangan) :
    • STR RM600 + SARA RM600.
  • Bujang :
    • STR RM0 + SARA RM600.

LINK PORTAL STR 2026

Kini, Kerajaan telah membangunkan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang baharu untuk tahun 2026 supaya ianya boleh diakses oleh semua rakyat untuk permohonan, kemaskini permohonan dan semakan status.

Berikut merupakan link Portal Rasmi STR 2026 :

CARA LOG MASUK PORTAL STR 2026

Pemohon boleh log masuk ke Portal STR yang baharu dengan mudah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad).
    • Pastikan tiada jarak dan tanpa sengkang (-).
  5. Klik butang [Semak].
  6. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan, klik [Ya] jika betul.
  7. Masukkan Kata Laluan yang sah.
  8. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  9. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SEMAKAN STATUS STR 2026

Status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 boleh disemak secara online melalui pautan seperti berikut :

  1. Sila ke bahagian Log Masuk STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) pada ruangan yang disediakan.
  3. Klik butang [Semak].
  4. Seterusnya, klik [Ya] jika kata laluan yang dipaparkan adalah betul.
  5. Masukkan Kata Laluan yang anda tetapkan dengan betul.
  6. Klik butang [Log Masuk].
  7. Setelah berjaya log masuk, dashboard akan dipaparkan.
  8. Terus klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status kelayakan pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

INFO LANJUT STR

Info-info yang kami kongsikan secara ringkas di atas adalah untuk memudahkan capaian orang ramai berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026. Bagaimanapun, untuk info yang lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment