MYKASIH SEMAK BARANG BOLEH BELI GUNA IC
Proses MyKasih semak barang kini semakin mudah untuk penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Seramai 8.1 juta penerima yang layak kini boleh mendapatkan lebih 900 jenis barangan asas dan keperluan dapur harian terus di kaunter pembayaran dengan hanya mengimbas MyKad (IC) masing-masing pada setiap bulan.
Untuk memastikan urusan pembelian anda berjalan lancar, panduan lengkap mengenai MyKasih semak barang ini merangkumi senarai kategori barangan diluluskan, kadar elaun bulanan, kedai atau pasar raya yang terlibat, serta tatacara bayaran menggunakan IC.
BACA JUGA : SEMAK SUMBANGAN SARA BULANAN : STATUS KELAYAKAN PENERIMA
MYKASIH SEMAK BARANG BOLEH BELI GUNA IC
Berikut adalah senarai barangan yang boleh dibeli mengunakan bantuan MyKasih yang telah dimasukkan ke dalam IC penerima :
- ๐ Beras.
- ๐ฅฉ Makanan sejuk beku.
- ๐ฅซ Makanan dalam tin.
- ๐ง Bahan perasa (Kicap, sos cili, sos tomato, cukup rasa & lain-lain).
- ๐ Mi segera.
- ๐ Roti.
- ๐ฅ Telur.
- ๐ซ Minyak masak.
- ๐พ Tepung.
- โ Minuman (Milo, Teh, Kopi, susu & lain-lain).
- ๐ช Biskut.
- ๐ Ubat-ubat (yang diluluskan oleh KKM).
- ๐ Alat tulis / barang sekolah.
- ๐งด Produk penjagaan diri.
- ๐ฝ Produk kebersihan rumah.
PREMIS BOLEH BELI BARANG MYKASIH GUNA IC
Jika anda tidak tahu dimana tempat untuk menebus bantuan MyKasih, berikut adalah senarai premis yang boleh ditebus serta sah dibawah kementerian Kewangan Malaysia :
- Mydin.
- Giant.
- Econsave.
- The Store.
- Pacific.
- 99 Speedmart.
- Lotus Store.
- TF Mart.
- Milimewa.
*Serta kedai runcit dan pasar mini yang ada label ‘MyKasih’ pada premis.
CARA BELI BARANG MYKASIH GUNA IC
Untuk membeli barang MyKasih mengunakan IC, anda boleh ikuti cara pembelian seperti berikut :
- Kunjungi premis terpilih berhampiran anda.
- Pilih barang yang anda perlukan (ada label MyKasih).
- Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima.
- Juruwang akan mengimbas barang yang dipilih.
- Transaksi bayaran akan disahkan guna IC.
- Resit pembelian akan diberikan bersama IC.
- Simpan resit untuk rujukan baki.
TARIKH & TEMPOH BELI BARANG MYKASIH GUNA IC
Semak tarikh serta tempoh belian barangan MyKasih mengunakan IC daripada tarikh mula sehingga tarikh tamat seperti dibawah :
| TARIKH KREDIT | TARIKH TAMAT |
|---|---|
| 9 – 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 31 Disember 2026 |
KADAR PEMBELIAN BARANG MYKASIH GUNA IC
Pembaharuan kadar bantuan setiap bulan, jadi anda dinasihatkan untuk menyemak secara berkala kadar pembelian barangan MyKasih :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA MISKIN TEGAR | PENERIMA BUKAN MISKIN |
|---|---|---|
| ISI RUMAH | RM200 setiap bulan | RM100 setiap bulan |
| WARGA EMAS | RM150 setiap bulan | RM50 setiap bulan |
| BUJANG | RM100 setiap bulan | RM50 setiap bulan |
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH
- Boleh ke saya beli barangan lain selain senarai MyKasih?
- Tidak boleh. Bantuan MyKasih hanya terhad kepada barangan keperluan asas yang diluluskan sahaja. Sekiranya anda mengambil barang luar senarai, anda perlu membayar barang tersebut secara tunai/kad peribadi.
- Bagaimana cara nak semak baki bantuan MyKasih dalam IC?
- Anda boleh MyKasih semak barang dan baki tunai secara dalam talian (online) menerusi Portal Rasmi MyKasih di www.mykasih.com.my atau menyemak pada bahagian bawah resit pembelian terakhir anda.
- Adakah baki MyKasih akan hangus jika tidak dihabiskan bulan ini?
- Tidak. Baki elaun bulanan akan dibawa ke bulan seterusnya (roll-over) sehingga tarikh luput program pada 31 Disember 2026.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Rasmi MyKasih : 03-7720 1800
- E-mel Rasmi MyKasih : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.