TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4 2025 TELAH DIUMUMKAN – ANDA BOLEH SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4 2025 TELAH DIUMUMKAN – ANDA BOLEH SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Terkini! Perdana Menteri Malaysia mengumumkan penjadualan awal bagi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa akhir ke bulan Oktober sempena sambutan perayaan Deepavali 2025.

Adakah tarikh pembayaran str fasa 4 2025 telah diumumkan? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: PORTAL LOG MASUK STR : FASA 4 2025 SEMAKAN STATUS

SYARAT KELAYAKAN

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

AMAUN PEMBAYARAN STR FASA 4 & KATEGORI PENERIMA

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
STR FASA 4 (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 200
1 hingga 2 Anak : RM 350
3 hingga 5 Anak : RM 500
5 Anak dan Ke atas : RM 700
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 100
1 hingga 2 Anak : RM 200
3 hingga 5 Anak : RM 250
5 Anak dan Ke atas : RM 350
Warga emas tiada pasanganRM 150
BujangRM 150

TARIKH RASMI PEMBAYARAN STR

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:

FASA PEMBAYARAN STRTARIKH PEMBAYARAN STR 2025
Fasa 122 Januari 2025
Fasa 224 Mac 2025
Fasa 312 Ogos 2025
Fasa 418 Oktober 2025 (Sabtu)

SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN STR FASA 4

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

JADUAL PEMBAYARAN STR MENGIKUT BANK

Waktu pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ke akaun bank penerima adalah seperti jadual berikut :

JENIS BANKWAKTU MASUK BAYARAN
Bank Simpanan Nasional (BSN)Selepas 6 petang
Bank IslamSelepas 8 malam
Affin BankSelepas 8 malam
AmbankSelepas 8 malam
MaybankSelepas 9 malam
Cimb BankSelepas 9 malam
RHB BankSelepas 9 malam
Bank MuamalatSelepas 10 malam
Lain-lain bankSelepas 10 malam

Namun, kemasukan bayaran ke akaun mungkin berbeza dan boleh mengambil masa antara tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.

KAEDAH PEMBAYARAN STR FASA 4

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Mempunyai Akaun BankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam sistem STR.
Tiada Akaun Bank atau status ‘Gagal Kredit’Penerima boleh tuntut bayaran secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2025

Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :

  1. Adakah 18 Oktober 2025 merupakan tarikh rasmi pembayaran STR Fasa 4?
    • Ya. 18 Oktober 2025 adalah tarikh mula pelaksanaan bayaran. Namun, pengkreditan adalah mengikut jenis bank yang digunakan oleh penerima.
  2. Bolehkah semakan status dilakukan sebelum tarikh pembayaran?
    • Boleh. Namun untuk status pembayaran bagi kemasukan Fasa terkini mungkin masih belum dikemas kini dalam Portal.
  3. Adakah Portal STR dibuka sepanjang tahun?
    • Portal STR dibuka sepanjang tahun untuk penerima mengakses segala urusan berkaitan Bantuan STR. Namun permohonan bantuan, kemas kini maklumat hanya akan dibuka mengikut tempoh yang ditetapkan.
  4. Jika pengkreditan bayaran dalam akaun bank ‘Gagal’, apa yang perlu dibuat?
    • Penerima boleh membuat tuntutan tunai di Cawangan BSN berdekatan.
  5. Adakah STR Fasa 4 secara automatik jika saya sudah menerima STR sebelum ini?
    • Ya. Jika anda masih memenuhi syarat kelayakan bantuan, anda layak menerima bantuan ini secara automatik tanpa permohonan baharu. Namun, kemas kini maklumat perlu dilakukan sekiranya belum kemas kini maklumat selama tiga tahun berturut-turut.
  6. Bila tarikh pembayaran STR 2026 dijangkan akan diumumkan?
    • Pengumuman pembayaran STR 2026 adalah bergantung kepada pihak berwajib, dan akan mula diumumkan apabila memasuki tahun baharu 2026.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment