BANTUAN TUNAI STR 2027 : PERMOHONAN BARU ONLINE

BANTUAN TUNAI STR 2027 : PERMOHONAN BARU ONLINE

Permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 kini dibuka sepanjang tahun secara manual di pejabat HASiL, dan secara dalam talian (online) di Portal Rasmi MySTR.

Bagaimanakah permohonan baru bantuan tunai str 2027 online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga : KELAYAKAN STR 2027 : SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN STR 2027

BANTUAN TUNAI STR 2027

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah bantuan tunai Kerajaan Malaysia kepada rakyat yang berwarganera Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana yang memerlukan bantuan.

Bantuan Tunai STR diteruskan untuk 2027 seperti berikut :

  • Peruntukan Bantuan STR & SARA 2027 : RM16 Bilion
  • Bilangan Penerima : 9 juta penerima rakyat Malaysia
  • Elaun Tambahan : Setiap penerima STR 2027, akan menerima bantuan tambahan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan dengan amaun diberikan sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI STR

Sebelum membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda mestilah memenuhi kriteria dan kelayakan STR 2027 yang ditetapkan seperti berikut :

  • Isi Rumah
    • Warganegara Malaysia;
    • Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas (Tiada Pasangan)
    • Warganegara Malaysia;
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak);
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Warganegara Malaysia;
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak)
    • Berumur 21 sehingga 59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPTA / IPTS) sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH BANTUAN TUNAI STR 2027

Pemohon yang lulus permohonan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, akan menerima bayaran dengan amaun seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 ke bawah) :
BILANGAN ANAKKADAR SETAHUNFASA 1,2,3,4
Tiada AnakRM200Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
1 hingga 2 AnakRM600Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
3 hingga 4 AnakRM1,100Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
5 Anak Ke AtasRM1,600Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
  • Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
BILANGAN ANAKKADAR SETAHUNFASA 1,2,3,4
Tiada AnakRM200Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
1 hingga 2 AnakRM450Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
3 hingga 4 AnakRM700Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
5 Anak Ke AtasRM950Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
  • Warga Emas Tanpa Pasangan :
KATEGORI PENERIMAKADAR SETAHUNFASA 1,2,3,4
Warga Emas Tanpa Pasangan
(Berusia 60 tahun ke atas)
RM600Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
  • Bujang :
KATEGORI PENERIMABANTUAN SARATOTAL KESELURUHAN
Bujang

Berusia 21 sehingga 59 tahun
RM50 Setiap Bulan
(Januari sehingga Disember)
RM600

Catatan : Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima amaun tambahan secara bulanan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) khusus untuk pembelian barangan asas dengan amaun diberikan mengikut kelayakan masing-masing.

PERMOHONAN BANTUAN TUNAI STR

Panduan lengkap cara permohonan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 secara online di Portal Rasmi MySTR :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
  3. ⁠Klik butang (Teruskan Permohonan Baharu) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Halaman Permohonan Baru akan dipaparkan, dan Lengkapkan Maklumat Pemohon (ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi).
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  7. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  8. Isikan Maklumat pemohon :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon;
    • Pekerjaan;
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  9. ⁠Isikan Status Perkahwinan Pemohon :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan;
    • Bujang
  10. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  11. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  12. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  13. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  14. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  15. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  16. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  17. Muat naik dokumen Sokongan.
  18. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  19. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  20. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  21. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  22. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  23. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  24. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  25. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  26. ⁠Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/FAQSistem

Leave a Comment