BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS & JUMLAH BAYARAN FASA 3

BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS & JUMLAH BAYARAN FASA 3

Bagi tahun 2026, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM15 bilion khusus untuk disalurkan semula kepada golongan sasar menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara ansur berperingkat selama empat (4) fasa.

Menjelang penyaluran Bantuan STR bagi fasa 3 tahun ini, setiap rakyat Malaysia dinasihatkan untuk memahami kriteria kelayakan terbaharu yang ditetapkan. Dengan jumlah peruntukan yang lebih besar, kadar bantuan bagi setiap kategori telah diselaraskan semula bagi memastikan impak yang lebih besar kepada ekonomi isi rumah.

Bagaimanakah semakan status Bantuan STR 2026? Ketahui maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SYUKUR SABAH 2026 TERBARU : SEMAKAN STATUS, JUMLAH BANTUAN & TARIKH BAYARAN

BANTUAN STR 2026

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2026 FASA 3

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan melalui empat fasa, mengikut tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan seperti yang berikut:

FasaTarikh Bayaran
Fasa 120 Januari 2026
Fasa 210 Mac 2026
Fasa 3Ogos 2026

(Tarikh akan dikemaskini
semula apabila diumumkan
secara rasmi)
Fasa 4November 2026

(Tarikh akan dikemaskini
semula apabil diumumkan
secara rasmi)

JUMLAH BANTUAN STR 2026

Dengan peruntukan RM15 billion, setiap rakyat yang layak dari pelbagai kategori akan menerima bayaran Bantuan STR bagi tahun 2026 sebanyak berikut :

  • Isi Rumah yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah sebulan akan menerima bayaran STR:
    • RM700 sehingga RM2,200 setahun (mengikut jumlah anak).
  • Isi Rumah yang berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan akan menerima bayaran STR:
    • RM200 sehingga RM950 setahun (mengikut jumlah anak).
  • Warga Emas tiada pasangan dan pendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan akan menerima bayaran STR:
    • RM600 setahun.
  • Bujang yang berumur 21 hingga 59 berpendapatan RM2,500 dan ke bawah sebulan akan terima bayaran STR:
    • Tiada (hanya terima SARA).
Kategori PenerimaJumlah STR 2026
Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan Ke BawahTiada anak : RM700
1 – 2 anak : RM1,200
3 – 4 anak : RM1,700
5 & ke atas : RM2,200
Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000Tiada anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
5 & ke atas : RM950
Warga Emas Tiada PasanganRM600
BujangDibayar melalui SARA

JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN STR 2026

Selain Bantuan STR, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian Bantuan Tambahan (SARA) kepada penerima STR yang mana penerima akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun.

Penerima STR yang tersenarai di bawah e-Kasih (Miskin dan Miskin Tegar) pula akan menerima bayaran Bantuan Tambahan (SARA) sebanyak RM200 sebulan sehingga RM2,400 setahun dan bujang akan terima RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun.

Sebagai penghargaan, Kerajaan akan memberikan inisiatif Bantuan Tambahan (SARA) sebanyak RM100 setiap seorang secara sekaligus (one-off) pada pertengahan bulan Februari 2026.

Jenis BayaranIsi RumahWarga Emas Tiada PasanganBujang
Bayaran
Setiap Bulan
RM100 (STR) /
RM200
(STR & e-Kasih)
RM50 (STR) /
RM100
(STR & e-Kasih)
RM50 (STR) / RM100 (STR & e-Kasih)
Bayaran
Setahun
RM1,200 (STR)/
RM2,400
(STR & e-Kasih)
RM600 (STR)/
RM1,200
(STR & e-Kasih)
RM600 (STR) / RM 1,200 (STR & e-Kasih)
Bayaran
One-Off
RM100RM100RM100

CARA PERMOHONAN BANTUAN STR 2026

Individu yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 mengikut panduan berikut:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan maklumat Permohonan.
  4. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
  6. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/].
  7. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
    • Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2026.
    • Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
    • Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan.
  9. Untuk semakan lulus atau tidak permohonan, semakan status boleh dilakukan di portal yang sama.

SEMAKAN STATUS BANTUAN STR 2026 FASA 3

Di Portal Rasmi STR yang sama, ikuti cara semakan status seperti berikut :

  1. Laman Portal MySTR 2026 akan dipaparkan.
  2. Pada paparan tersebut, klik pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruangan tersebut.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Semak].
  5. Paparan seterusnya menunjukkan [Kata Kunci Keselamatan].
  6. Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
  7. Masukkan [Kata Laluan] seperti yang telah diciptakan.
  8. Kemudian, klik pula butang [Log Masuk].
  9. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  10. Terus klik butang [Semakan Permohonan].
  11. Status permohonan akan dipaparkan.
  12. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR

  1. Adakah Bantuan STR diteruskan lagi pada tahun 2026?
    • Ya, Kerajaan bersetuju akan meneruskan dan menambah peruntukan STR untuk tahun hadapan.
  2. Adakah Bantuan STR dibayar secara sekaligus?
    • Tidak, Bantuan STR dibayar secara berperingkat mengikut fasa.
  3. Bilakah permohonan STR untuk tahun 2026 akan dibuka?
    • Tarikh permohonan STR untuk tahun 2026 telah dibuka sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025.
  4. Berapakah peruntukan untuk STR dan SARA bagi tahun 2026?
    • Peruntukan untuk penyaluran Bantuan STR dan SARA adalah sebanyak RM15 billion.
  5. Berapakah Bantuan SARA yang layak untuk penerima STR yang berdaftar e-Kasih?
    • Bantuan SARA akan dibayar sebanyak RM200 sebulan sehingga RM2,400 setahun.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah tujuan untuk memudahkan capaian dan carian orang ramai berkaitan Bantuan STR bagi tahun 2026. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
  • Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
  • e-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.

2 thoughts on “BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS & JUMLAH BAYARAN FASA 3”

  1. SALAM SEJAHTERA

    SOALAN SAYA, BERAPAKAH HAD UMUR MINIMUM UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN STR ?
    SAYA ADA DUA ORANG ANAK YANG BERUSIA 22 DAN 21 TAHUN, DAN SEKARANG BEKERJA SECARA SEMENTARA.

    TERIMA KASIH

    Reply

Leave a Comment