SARA ONE OFF SEMAK : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK RM100 UNTUK SEMUA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 ONE OFF telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia, dan bakal dilaksanakan pada Hari Sambutan Kebangsaan Malaysia.
Bagaimanakah cara semak layak atau tidak sara one off rm100? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK SARA UNTUK SEMUA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM100
SIAPA LAYAK MENERIMA SARA ONE OFF RM100
Kelayakan penerima bantuan SARA ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:
- Setiap Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas;
- Tanpa mengira pendapatan;
SEMAK CARA PELAKSANAAN SARA ONE OFF RM100
Bantuan RM100 one-off dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dimana RM100 akan disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, dan boleh dibelanjakan untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara.
TARIKH PENYALURAN BAYARAN SARA ONE OFF RM100
Bantuan RM100 one-off akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) bermula 31 Ogos 2025 (Ahad). Kredit RM100 ini boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja, dan baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
CARA SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SARA ONE OFF RM100 ONLINE
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih;
- Aplikasi MyKasih
Semakan di Portal MyKasih :
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
- Selesai.
Semakan di Aplikasi MyKasih :
- Muat turun (Dowload) aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android);
- App Store (Bagi pengguna iOS);
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Kelayakan dan Maklumat Pembayaran SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
- Selesai.
Untuk makluman, status kelayakan penerima SARA UNTUK SEMUA atau SARA ONE-OFF RM100 boleh disemak mulai 21 Ogos 2025.
SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK SARA ONE OFF RM100
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA ONE OFF RM100 :
- Siapa layak menerima SARA ONE OFF RM100?
- SARA RM100 ONE-OFF akan disalurkan kepada SETIAP RAKYAT Malaysia berusia 18 tahun ke atas, termasuk penerima SARA 2025 dan bukan penerima SARA.
- Bagaimanakah cara mohon SARA ONE OFF RM100?
- SARA RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada semua warganegara Malaysia yang layak melalui MyKad, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
- Adakah SARA ONE OFF RM100 boleh dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh. SARA ONE OFF RM100 hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar dengan menggunakan MyKad.
- Adakah barang yang berdaftar sahaja boleh menggunakan kredit SARA ONE OFF RM100?
- Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima secara tunai.
- Bila boleh guna kredit SARA ONE OFF RM100?
- Kredit SARA RM100 boleh digunakan bermula 31 Ogos 2025, dan SAH digunakan sehingga tarikh luputnya, 31 Disember 2025.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara