SEMAKAN BAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Kini, peringkat pelaksanaan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diperingkat Fasa Ke-3 yang dianggarkan hampir 9 juta rakyat daripada golongan Isi Rumah, Warga Emas dan juga bujang akan menerima bayaran.

Bagaimanakah semakan bayaran STR Fasa 3? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN 100 IC : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

CARA TERIMA BAYARAN STR FASA 3 2025

Dua (2) cara terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3, iaitu melalui :

  1. Pengambilan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima :
    • Tiada maklumat akaun bank; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’.
  2. Pembayaran secara terus (IBG Fund Transfer) terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2025

Setiap kategori penerima akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 sebanyak jumlah berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
RM150 hingga RM650
(Bergantung bilangan anak)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
RM100 hingga RM300
(Bergantung bilangan anak)
Warga Emas Tiada PasanganRM150
BujangRM150

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dijangka akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2025 ini. Namun, pihak Kementerian Kewangan (MOF) masih belum mengumumkan tarikh bayaran yang rasmi.

PERINGKAT PELAKSANAANTARIKH BAYARAN
STR Fasa 3 2025Akan dikemaskini dari semasa ke semasa
mengikut tarikh rasmi

*Sekiranya tarikh bayaran telah diumumkan, pihak kami akan kemaskini maklumat di atas.

SEMAKAN BAYARAN STR FASA 3 2025

Maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 boleh disemak di laman rasmi mengikut panduan berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan [Kata laluan] yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment