SEMAKAN BANTUAN RM100 IC 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BANTUAN RM100 IC 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Seramai 5.4 juta penerima bantuan bulanan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan turut menerima bantuan tambahan one-off RM100 yang akan dilaksanakan pada Ogos 2025.

Bagaimanakah semakan status bantuan rm100 ic 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BILA MASUK DUIT STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

APA ITU BANTUAN RM100 IC

Bantuan IC merujuk kepada Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih yang disalurkan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam MyKad/IC (Kad Pengenalan) pada setiap bulan kepada penerima STR dan eKasih.

RM100 IC pula merujuk kepada pemberian one-off (sekali bayar) oleh Kerajaan Madani kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima, dan dilaksanakan pada 31 Ogos 2025 sebagai sekali bayaran sahaja.

SIAPAKAH LAYAK BANTUAN IC

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA 2025 setiap bulan:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod Sistem eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  3. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Nota : Bantuan RM100 IC (one-off) akan dilaksanakan pada 31 Ogos 2025, Sempena Sambutan Hari Kebangsaan, dan disalurkan kepada SETIAP rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan. Kredit one-off ini akan sah digunakan sehingga tarikh luputnya, 31 Disember 2025.

CARA SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN IC

Status Kelayakan Penerima SARA MYKASIH boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Semak di Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Semak di Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN RM100 IC

Status Kelayakan SARA untuk semua (one-off) boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Muat turun (Dowload) aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
    • Google Play (Bagi pengguna Android);
    • App Store (Bagi pengguna iOS);
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Bayaran dan Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE OFF akan dipaparkan.
  8. Selesai.

JUMLAH BULANAN BANTUAN IC

Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam MyKad bermula April – Disember 2025 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAPENERIMA BERSTATUS EKASIHPENERIMA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200/bulanRM100/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150/bulanRM50/bulan
BujangRM50/bulan

MANFAAT BANTUAN RM100 IC

Dengan penyaluran bantuan ke dalam IC (Kad Pengenalan), ia boleh digunakan oleh penerima untuk membeli 90,000 jenis barangan asas terpilih bagi memenuhi keperluan harian seperti makanan asas, makanan dan minuman, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah, peralatan sekolah, di lebih 4,100 pasar raya berdaftar.

CARA GUNA BANTUAN RM100 IC

Penerima boleh menggunakan kredit SARA atau SARA one-off untuk pembelian barangan keperluan asas di 4,100 kedai berdaftar seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment