BILA MASUK PEMBAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Golongan Isi Rumah B40, Isi Rumah M40, Warga Emas serta bujang direkodkan seramai lebih 8.7 juta yang disahkan kelayakan sebagai peenrima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dan akan menerima bayaran dalam masa terdekat.
Bagaimanakah semakan bila masuk pembayaran STR Fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYSALAM SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
BERAPA AMAUN PEMBAYARAN STR FASA 3 2025
Amaun Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibayar Fasa 3 adalah sebanyak berikut :
Isi Rumah B40 :
- Tiada anak : RM150.
- 1 – 2 anak : RM300.
- 3 – 4 anak : RM500.
- 5 anak ke atas : RM650.
Isi Rumah M40 :
- Tiada anak : RM100.
- 1 – 2 anak : RM200.
- 3 – 4 anak : RM250.
- 5 anak ke atas : RM300.
Warga Emas :
- RM150 (setiap individu).
Bujang :
- RM150 (setiap individu).
BAGAIMANA CARA PEMBAYARAN STR FASA 3 2025
Cara pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah seperti berikut :
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR; atau
- Pembayaran secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
BILA TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dijangka akan dibayar bermula akhir bulan Julai hingga Ogos 2025. Namun bagaimanapun, pihak Kementerian Kewangan (MOF) masih belum mengumumkan tarikh bayaran secara rasmi.
*Sekiranya tarikh rasmi telah diumumkan, pihak kami akan kemaskini kembali maklumat berkaitan.
BILA MASUK PEMBAYARAN STR FASA 3 2025
Bagi penerima yang menerima bayaran melalui akaun bank perlu menunggu bayaran masuk mengikut masa berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam;
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
- Lain-lain bank : Selepas 10 malam.
*Bagaimanapun, masa bayaran masuk adalah tidak menentu dan akan berlansung selama tempoh tiga (3) hingga lima (5) hari.
SEMAK STATUS PENERIMA STR FASA 3 2025
Sila layari laman web rasmi mySTR atau klik pada pautan di bawah :
- Pautan Laman Web Rasmi mySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Ikuti panduan cara semak status penerima seperti berikut :
- Notis ‘Pemakluman terkini’ akan dipaparkan, klik butang [TUTUP].
- Klik [Log Masuk dengan Mydigital ID] bagi yang mempunyai akaun tersebut; atau
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Klik pada butang [Log Masuk] di bawah.
- Sahkan nombor kad pengenalan dengan klik butang [Semak].
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan, klik butang [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan ‘Kata Laluan’ yang betul.
- Klik sekali lagi butang [Log Masuk].
- ‘Bahagian Profil Pemohon’ akan dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.