TARIKH PEMBAYARAN DUIT STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Status pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk fasa ketiga (3) masih dalam proses lagi dan akan dibayar secara berperingkat selama tiga (3) ke lima (5) hari kepada hampir sembilan (9) juta penerima yang memenuhi kelayakan.
Bagaimanakah semakan tarikh pembayaran duit STR Fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN MYKASIH ONLINE : REGISTER BANTUAN SARA (PANDUAN LENGKAP)
KELAYAKAN PENERIMA DUIT STR FASA 3 2025
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dibayar khas kepada yang memenuhi kelayakan berikut :
ISI RUMAH :
- Ketua isi rumah Warganegara Malaysia;
- Berpasangan (ada atau tiada anak); atau
- Ibu / bapa tunggal (ada anak);
- Tiada had umur;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B40) atau sehingga RM5,000 (M40).
WARGA EMAS :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada pasangan (balu / duda / janda);
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas bawah RM5,000 sebulan.
BUJANG :
- Warganegara Malaysia;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun (bujang OKU umur 19 tahun ke atas);
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan.
SEMAKAN STATUS PENERIMA DUIT STR FASA 3 2025
Layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (mySTR) di bawah untuk semakan status penerima :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (mySTR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
- Klik [Tutup] untuk notis pemakluman terkini di halaman utama portal.
- Log masuk dengan akaun MyDigital ID; atau
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Sahkan nombor kad pengenalan dengan klik butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan [Kata Laluan] dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Bahagian profil pemohon akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA PEMBAYARAN DUIT STR FASA 3 2025
Cara pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah sama seperti berikut :
JENIS PENERIMA | CARA PEMBAYARAN STR FASA 3 2025 |
---|---|
Ada akaun bank aktif | Dikreditkan melalui ‘IBG Fund Transfer‘ terus Ke dalam akaun bank milik penerima |
Tiada akaun bank aktif atau Status ‘Gagal Kredit’ | Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
TARIKH PEMBAYARAN DUIT STR FASA 3 2025
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dibayar pada tarikh berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3 2025 |
---|---|
Penerima Sedia Ada | Akhir Julai hingga Ogos 2025 |
Penerima Baharu | Akhir Julai hingga Ogos 2025 |
JUMLAH PEMBAYARAN DUIT STR FASA 3 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah sebanyak jumlah berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 3 2025 |
---|---|
Isi Rumah B40 | RM150 (tiada anak) RM300 (1-2 anak) RM500 (3-4 anak) RM650 (5 anak ke atas) |
Isi Rumah M40 | RM100 (tiada anak) RM200 (1-2 anak) RM250 (3-4 anak) RM300 (5 anak ke atas) |
Warga Emas | RM150 |
Bujang | RM150 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.