BANTUAN 100 DALAM IC 2025 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

BANTUAN 100 DALAM IC 2025 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Inisiatif bantuan bulanan RM100 kedalam MyKad/IC penerima untuk pembelian barangan keperluan asas bulanan akan diteruskan dengan pemberian kepada penerima yang sedia ada dan juga kepada 4.1 juta penerima STR Kategori Isi Rumah bermula tahun 2025.

Penambahbaikan inisiatif ini adalah untuk memastikan kelangsungan hidup rakyat Malaysia lebih stabil, dan mampu mengurangkan beban kos saraf hidup rakyat.

Bagaimanakah cara check kelayakan bantuan 100 dalam IC 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: PERMOHONAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025 (RM1200 & RM600)

PENGENALAN BANTUAN 100 DALAM IC 2025

Bantuan dalam IC atau MyKad adalah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dimana akan disalurkan secara tanpa tunai kedalam MyKad penerima secara bulanan sebanyak RM100/RM50 bergantung kepada kelayakan individu.

Berbeza daripada tahun sebelumnya, kelayakan penerima pada 2025 telah diperluaskan. Bantuan ini bukan sahaja diberikan kepada golongan Miskin dan Miskin Tegar berdaftar eKasih, tetapi juga kepada penerima bantuan STR 2025 bagi kategori Bukan Miskin.

Bagi melayakkan diri, individu perlu berdaftar dengan eKasih jika tergolong dalam kategori Miskin/Miskin Tegar, manakala kategori Bukan Miskin perlu memohon STR 2025. Kedua-dua golongan yang berstatus LULUS akan menerima bantuan ini secara automatik.

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN 100 DALAM IC

Status kelayakan bantuan boleh disemak melalui kaedah seperti berikut:

Panduan Lengkap Semakan penerima Bantuan IC di portal MySTR seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
  7. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan penerima Bantuan IC di portal MyKasih seperti berikut:

  1. Klik log masuk MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan
  3. Kemudian, tekan pada bahagian [Semak Status]
    pada Semakan pelaksanaan SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
  4. Bahagian semakan akan dipaparkan
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
  6. Klik Semakan Status
  7. Maklumat Pembayaran (Jika Anda Layak)
  8. Selesai.

JUMLAH BANTUAN DALAM IC

Kadar bantuan yang adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)

(BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih)
KADAR BANTUAN (RM)

(PENERIMA STR 2025 – BUKAN MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih)
Isi rumahRM 1200
(RM100 sebulan)
RM 900
(RM 100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 1200
(RM100 sebulan)
RM 450
(RM 50 sebulan)
BujangRM 600
(RM50 sebulan)

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM IC

Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

TARIKH DAN JADUAL PENGAGIHAN BANTUAN

Tarikh pengagihan dan bayaran bagi Kategori Miskin/Miskin eKasih dengan BUKAN Miskin/Miskin eKasih adalah berbeza seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH PENGAGIHAN BAYARAN
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasihBermula Januari 2025
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
(Bukan Miskin & Miskin Tegar eKasih)
Bermula April 2025

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana bayaran akan dikreditkan kedalam MyKad/IC penerima. Kaedah ini membolehkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri menggunakan MyKad di lebih 600 pasaraya dan kedai runcit yang berdaftar MyKasih.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.

4 thoughts on “BANTUAN 100 DALAM IC 2025 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG”

Leave a Comment