BILA TARIKH PEMBAYARAN STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan secara ansur berperingkat dan berfasa bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 dari semasa ke semasa.
Bagaimanakah semakan tarikh pembayaran STR? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA FASA 2 2025 SEKARANG
BILA TARIKH PEMBAYARAN STR (FASA 3 2025)
Tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 3 2025) adalah mengikut jadual berikut :
PERINGKAT PELAKSANAAN | TARIKH PEMBAYARAN STR |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 hingga 28 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 hingga 27 Mac 2025 |
Fasa 3 | Akhir Julai 2025 hingga Ogos 2025 |
Fasa 4 | Belum diketahui |
BERAPA JUMLAH PEMBAYARAN STR (FASA 3 2025)
Jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 3 2025) akan dibayar sebanyak berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PEMBAYARAN STR (FASA 3 2025) |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 sebulan | RM150 hingga RM650 (Ikut bilangan anak) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | RM100 hingga RM300 (Ikuti bilangan anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
BAGAIMANA CARA PEMBAYARAN STR (FASA 3 2025)
Cara pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 3 2025) adalah seperti berikut :
JENIS PENERIMA | CARA PEMBAYARAN STR (FASA 3 2025) |
---|---|
Penerima Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima melalui ‘IBG Fund Transfer’ |
Penerima Tiada Akaun Bank | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
BAGAIMANA SEMAK KELAYAKAN PENERIMA STR (FASA 3 2025)
Ikuti cara semak kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 3 2025) seperti berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
- Pada halaman utama Portal Rasmi STR, klik pada butang [TUTUP] bagi pemakluman terkini.
- Log Masuk menggunakan akaun ‘MyDigital ID’; atau
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk] di bawah.
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.