BANTUAN EWALLET TAMBAHAN 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA (RM1200 & RM600)

BANTUAN EWALLET TAMBAHAN 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA (RM1200 & RM600)

Terkini! Bantuan tambahan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad penerima untuk membuat transaksi pembelian barangan keperluan asas secara digital di kedai runcit yang berdaftar MyKasih, akan diteruskan lagi pada tahun 2025 dengan pemberian kepada penerima sedia ada, dan juga penerima baharu.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan ewallet tambahan 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: PERMOHONAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025 (RM1200 & RM600)

APA ITU BANTUAN EWALLET TAMBAHAN 2025

Bantuan tanpa tunai atau ewallet ini telah dilaksanakan pada 2023, dan akan diteruskan lagi pada tahun 2025 dengan lebih ramai individu yang akan menerima bantuan ini. Inisiatif bantuan ini disediakan khas kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana sebagai bantuan yang dikreditkan tanpa tunai (cashless) ke dalam MyKad penerima dengan kadar sebanyak RM100/RM50 setiap bulan untuk pembelian keperluan asas DI kedai runcit yang berdaftar MyKasih.

Dalam belanjawan 2025, kerajaan meningkatkan peruntukan STR dan SARA kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion tahun sebelumnya, dan dianggarkan akan memberi manfaat kepada sembilan juta penerima (60 peratus penduduk dewasa). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga menyatakan 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA RM100 sebulan, dan akan dikreditkan ke dalam MyKad untuk pembelian barangan asas di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN TANPA TUNAI (SARA)

Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

SEMAKAN BANTUAN EWALLET TAMBAHAN 2025 (SARA)

Status kelayakan bantuan boleh disemak melalui kaedah seperti berikut:

Panduan check status kelayakan di portal MySTR seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
  7. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan status kelayakan di portal MyKasih seperti berikut:

  1. Klik log masuk MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan
  3. Kemudian, tekan pada bahagian [Semak Status]
    pada Semakan pelaksanaan SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
  4. Bahagian semakan akan dipaparkan
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
  6. Klik Semakan Status
  7. Maklumat Pembayaran (Jika Anda Layak)
  8. Selesai.

JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN TANPA TUNAI

Kadar bantuan yang adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)

(BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih)
KADAR BANTUAN (RM)

(PENERIMA STR 2025 – BUKAN MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih)
Isi rumahRM 1200
(RM100 sebulan)
RM 900
(RM 100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 1200
(RM100 sebulan)
RM 450
(RM 50 sebulan)
BujangRM 600
(RM50 sebulan)

TARIKH DAN JADUAL PENGAGIHAN BANTUAN TAMBAHAN 2025

Tarikh pengagihan dan bayaran bagi Kategori Miskin/Miskin eKasih dengan BUKAN Miskin/Miskin eKasih adalah berbeza seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH PENYALURAN BANTUAN
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasihBermula Januari 2025
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
(Bukan Miskin & Miskin Tegar eKasih)
Bermula April 2025

Catatan: Kaedah penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.

KAEDAH PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit untuk SARA/MyKasih adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.

1 thought on “BANTUAN EWALLET TAMBAHAN 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA (RM1200 & RM600)”

Leave a Comment