TARIKH PEMBAYARAN DUIT STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Pembayaran duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan secara berperingkat melalui empat (4) fasa yang lazimnya pada musim perayaan atau musim cuti persekolahan bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat B40 dan M40.
Bagaimanakah semakan tarikh pembayaran duit STR? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH DALAM MYKAD : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
TARIKH PEMBAYARAN DUIT STR
Pembayaran duit Bantuan STR dilaksanakan secara berfasa mengikut tarikh berikut :
- FASA 1 :
- 22 Januari hingga 28 Januari 2025.
- FASA 2 :
- 24 Mac hingga 27 Mac 2025.
- FASA 3 :
- Akhir Julai hingga Ogos 2025.
- FASA 4 :
- November 2025
*Nota : Tarikh bayaran Fasa 3 dan 4 akan dikemaskini apabila ianya diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF).
JUMLAH PEMBAYARAN DUIT STR
Jumlah duit Bantuan STR dibayar mengikut kelayakan penerima seperti berikut :
ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BAWAH RM2,500) :
TIADA ANAK | 1 – 2 ANAK | 3 – 4 ANAK | 5 KE ATAS |
---|---|---|---|
RM1,000 Fasa 1 : RM500 Fasa 2 : RM150 Fasa 3 : RM150 Fasa 4 : RM200 | RM1,500 Fasa 1 : RM500 Fasa 2 : RM350 Fasa 3 : RM300 Fasa 4 : RM350 | RM2,000 Fasa 1 : RM500 Fasa 2 : RM500 Fasa 3 : RM500 Fasa 4 : RM500 | RM2,500 Fasa 1 : RM500 Fasa 2 : RM650 Fasa 3 : RM650 Fasa 4 : RM700 |
ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000) :
TIADA ANAK | 1 – 2 ANAK | 3 – 4 ANAK | 5 KE ATAS |
---|---|---|---|
RM500 Fasa 1 : RM150 Fasa 2 : RM100 Fasa 3 : RM150 Fasa 4 : RM100 | RM750 Fasa 1 : RM200 Fasa 2 : RM150 Fasa 3 : RM200 Fasa 4 : RM200 | RM1,000 Fasa 1 : RM250 Fasa 2 : RM250 Fasa 3 : RM250 Fasa 4 : RM250 | RM1,250 Fasa 1 : RM300 Fasa 2 : RM300 Fasa 3 : RM300 Fasa 4 : RM350 |
WARGA EMAS (TIADA PASANGAN) :
WARGA EMAS (TIADA PASANGAN) |
---|
RM600 Fasa 1 : RM150 Fasa 2 : RM150 Fasa 3 : RM150 Fasa 4 : RM150 |
BUJANG :
BUJANG / BALU / DUDA / JANDA |
---|
RM600 Fasa 1 : RM150 Fasa 2 : RM150 Fasa 3 : RM150 Fasa 4 : RM150 |
KAEDAH PEMBAYARAN DUIT STR
Bagi memudahkan semua penerima untuk menerima Bantuan STR, pembayaran dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) termasuk penerima di Sabah dan Sarawak.
SEMAKAN STATUS PENERIMA DUIT STR
Ikuti cara semakan status kelayakan penerima dan maklumat bayaran duit Bantuan STR :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.